Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : News >
Selasa Jul 20, 2010
DISKUSI & PRATONTON ‘LAGENDA BUDAK SETAN’ DAPAT SAMBUTAN

Oleh Rafiuddin Abdul Rahman & Hakim Rokif (Pelatih Praktikal)

17 Julai 2010 – FINAS telah mengadakan pratonton dan diskusi filem tempatan yang berjudul 'Lagenda Budak Setan'. Majlis yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee turut dihadiri Pengarah Filem, Encik Sharad Sharan, dan Encik Zainuri Misfar selaku Pengarang Hiburan Berita Harian.

Tayangan filem tersebut terbuka kepada semua dan ditayangkan secara percuma. Turut hadir sama pelajar dari jurusan komunikasi dan media, UiTM yang diketuai pensyarah En. Khairuddin Othman dan juga penulis buku terkenal, Ahadiat Akasyah.

Selepas tayangan filem tersebut, diskusi antara pelajar dan penonton dengan penulis buku, dan perbincangan mengenai industri filem serta perdebatan diadakan.

Klik untuk galeri seterusnya