11 Mac 2015, Sentul – FINAS yang diwakili Unit Komunikasi Korporat serta Penolong Pengarah Pasaran Antarabangsa telah meluangkan masa menziarah Seniwati Mariani di kediaman beliau pada Rabu yang lalu. Seniwati Mariani yang lebih mesra di sapa sebagai “Mummy” menyambut kedatangan pihak FINAS dengan penuh mesra. Beliau yang baru-baru ini telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sentosa akibat muntah-muntah dan sakit perut dipercayai mengalami komplikasi dibahagian usus.

Mariani atau nama sebenar beliau Siti Mariam Ismail , 81 tahun menceritakan detik pengalaman beliau semasa berada di hospital selama tiga(3) hari. Beliau yang popular dengan watak Manisah dalam filem Labu Labi berharap agar peminat-peminat beliau terus menyokong industri perfileman dan mendoakan kesihatan beliau kembali seperti biasa. Akhir bicara, pihak FINAS telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Mummy sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap beliau sepanjang bergelar anak seni.

Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Jurufoto : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat