PETALING JAYA, 28 September- Seramai 60 orang Perwakilan dan Asean Ladies Circle (ALC) telah mengadakan sesi lawatan ke Museum Of Moving Image (MOMI) di FINAS  Petaling Jaya. Yang diketuai oleh YBhg. Puan Seri Rohayazam Kamaruzaman (Presiden Perwakilan) turut disertai oleh YBhg. Datin Nor Aswa Omar (Pengerusi Puspanita FINAS),YBrs. Pn. Khalidah Bt Mohd Darus ( Timbalan Ketua Pengarah FINAS), Puan Subaidah Md Top (Pengarah Bahagian Produksi Filem Negara) dan YM Raja Mohamad ‘Adhzim Raja Ahmad (Pengarah Bahagian Center of Excellence).

Lawatan yang diselaraskan oleh bahagian Center of Excellence (COE) ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan bagi memberi maklumat dan pengetahuan mengenai FINAS ke arah Transformasi yang terdiri daripada Unit Museum of Moving Image (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage FINAS, Petaling Jaya.

Selain itu juga, sesi ini telah memberi impak positif yang amat tinggi terhadap wakil delegasi Asean Ladies Circle (ALC) terdiri daripada negara Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand melalui lawatan MOMI. Mereka telah diberi penerangan dan pendedahan kepada sejarah perfileman di Malaysia. Sesi lawatan diserikan dengan kehadiran pelakon terkenal Encik Mohamed Hadi Putera Halim atau dikenali sebagai Adi Putra turut sama berkongsi pengalaman di dalam dunia lakonan dan sebagai penggiat industri perfileman Malaysia.