Santubong, 13 Mei – Di dalam inisiatif pembangunan modal insan dan sinergi ilmu karyawan industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Filem Sarawak (PERFILEMS) telah menganjurkan Bengkel Lakonan Skrin Lanjutan yang diadakan bermula 11 Mei sehingga 15 Mei 2018.

Bengkel selama 5 hari ini diadakan di Studio Latihan FINAS cawangan Sarawak disertai oleh 20 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Bengkel ini dikendalikan oleh penggiat industri yang berpengalaman iaitu Encik Hasnul Rahmat dengan berobjektifkan perkongsian ilmu dan teknik berkaitan seni lakon kepada peserta.

Turut hadir memberi sokongan ialah Encik Mohd Ghazali Jeman, Presiden PERFILEMS dan Encik Maffizan Saupie, Ketua Penolong Pengarah FINAS cawangan Sarawak.

bengkel 1

bengkel 2

bengkel 3

bengkel 4

bengkel 5

bengkel 6

bengkel 7

bengkel 8

bengkel 9

bengkel 10