Image

{:en}Books{:}{:ms}Buku{:}

Script Writing-Ultimate Storytelling
2 tahun ago

Script Writing-Ultimate Storytelling

Buku yang merupakan penyelidikan mengenai dunia penulisan skrip yang diterangkan secara terperinci dan bagaimana menghasilkan sesebuah skrip yang bermutu tinggi dan kreatif

Filem Melayu-Dari Jalan Ampas Ke Ulu Kelang
2 tahun ago

Filem Melayu-Dari Jalan Ampas Ke Ulu Kelang

Buku ini merupakan sumbangan terakhir Salleh Ghani (Allahyarham), yang julung kali dihasilkan oleh seorang pengarah tersohor demi melihat industri filem tempatan terus maju dan ianya diharapkan dapat menambahkan lagi bahan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh para penyelidik perfileman serta para ilmuan pada masa akan datang

Audio Untuk Filem dan Televisyen
2 tahun ago

Audio Untuk Filem dan Televisyen

Buku ini bertujuan memberi para pembaca satu gambaran secara keseluruhan mengenai audio filem dan juga televisyen, bermula dari rakaman di set lokasi sehingga ke peringkat stesen kerja audio digital. Buku ini memberi penelitian terhadap pelaksanakan kerja dalam pelbagai kategori yang wujud dalam pasca penerbitan.

Legasi Ahmad Nawab Khan Seniman Negara
2 tahun ago

Legasi Ahmad Nawab Khan Seniman Negara

Legasi Ahmad Nawab Khan (Seniman Negara) merupakan coretan sebuah memori kehidupan seorang anak seni Malaysia yang telah melalui pelbagai pahit maung dan cabaran sebelum mencapai cita-cita dan impian. Buku ini memaparkan kisah suka duka Ahmad Nawab Khan yang menongkah arus tetap mengabdikan dan menghambakan diri dalam dunia seni walaupun terpaksa memijak onak dan duri. Berpegang teguh kepada prinsip bahawa ilmu adalah obor dalam pelayaran kehidupan dan setiap usaha yang dimulakan harus berakhir dengan kejayaan, Ahmad Nawab sentiasa kuatkan tekad dan kukuhkan azam, berusaha keras untuk menjadi anak seni handalan.

Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir Aziz Sattar
2 tahun ago

Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir Aziz Sattar

Pada tanggal 8 Ogos 1925 bertempat di Pakalongan, Surabaya lahirnya seorang bintang, beliau diberi nama Abdul Azez Bin Satta. Pada usia meningkat 3 tahun beliau dibawa berlayar ke Singapura. Pada zaman persekolahan beliau juga pernah bekerja sebagai caddy golf, namun bakat beliau dalam seni mula dilihat ketika beliau berusia 11 tahun. Kemudian mulanya kisah seni apabila beliau mula bekerja di Studio MFP Jalan Ampas sebagai pengalih suara pada tahun 1952.

Ahmad Mahmood : Bintang Di Langit Seni
2 tahun ago

Ahmad Mahmood : Bintang Di Langit Seni

Ahmad Mahmood merupakan satu nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air bermula pada tahun 1951 sewaktu merantau ke Singapura kemudian berjaya dalam uji bakat di Keris Film. Bakat beliau terserlah setelah bekerja dibawah syarikat MFP iaitu selepas beliau mengundurkan diri daripada Keris Film pada tahun 1952. Anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini juga mencipta rekod pada tahun 1967 apabila berjaya menjadi penerbit melayu pertama.

Penontonan Filem Cereka Di Malaysia

Buku ini menjelaskan tentang penemuan dari sebuah kajian di seluruh Negara yang cuba memahami tingkah laku, citarasa, persepsi, dan harapan khalayak filem cereka di Malaysia. Sifat penonton wayang di negara ini yang jelas ialah mereka wujud dalam suatu keadaan pemasaran terbuka yang memperlihatkan hasil – hasil tempatan bersaing hebat dengan hidangan dari Hollywood, Bollywood, Hong Kong, Jepun, Korea dan pelbagai lagi filem antarabangsa

Industri Dokumentasi Di Malaysia

Buku ini menjelaskan bagaimana keadaan dalam industri filem dokumentasi Malaysia diterokai secara saintifik dan sistematik berasaskan isu – isu yang diberi perhatian. Pendekatan kajian bermaksud perspektif atau cara isu industri dokumen ini diteliti sebagai subjek kajian

Bermulanya Filem Melayu

Pada peringkat awal perkembangan filem Melayu telah memperlihatkan gabungan bakat anak Melayu tempatan, Cina dan kemahiran seni perfileman dari bangsa India. Penghasilan buku ini juga dapat memperkenalkan kepada kita di mana pada awalnya persembahan wayang kulit menguasai pemikiran budaya hiburan masyarakat Melayu beberapa abad lamanya sehinggalah teknologi yang terkini yang telah menguasai perkembangan dunia perfileman tanah air

Pembikinan Filem Impak Maksima

Buku Pembikinan Filem Impak Maksima menjelaskan tentang pelbagai aspek iaitu bermula daripada pra-produksi, produksi dan pra-produksi sehingga filem tersebut ditayangkan. Filem Impak Maksima merupakan filem tempatan pertama yang mengetengahkan permainan automatif khususnya aksi drag dan drift seperti filem Hollywood The Fast The Furious serta sekuelnya. Buku ini turut menyentuh tentang kehebatan elemen pemotoran yang ditonjolkan secara realistik menggunakan teknik khas imej janaan komputer (CGI). Buku Pembikinan Filem Impak Maksima mencipta sejarahnya tersendiri sebagai sebuah filem yang pertama dibukukan dalam siri Pembikinan Filem…. terbitan FINAS juga buku pertama di Malaysia yang menyentuh aspek pembikinan filem.

Top