Image

{:en}Gallery{:}{:ms}Galeri{:}

Pola Pengamalan Profesionalisme Dalam Industri Filem Malaysia

Walaupun perubahan sistem dan keadaan dalam dunia perfileman semakin ketara, namun perubahan ini sangat perlahan berbanding institusi lain di Malaysia seperti institusi lain di Malaysia seperti industri penyiaran dan telekomunikasi yang nyata berkembang pesat. Kelembapan perkembangan institusi filem adalah masalah tenaga manusia yang merupakan salah satu sub-sistem utama dalam aktiviti pembuatan filem. Mutu tenaga manusia dan kaedah penggunaannya dalam industri filem di Malaysia dianggap tidak profesional atau kurang profesional.

Keadaan Dan Permasalahan Penulis Dan Penulisan Skrip

Merupakan hasil usaha kerjasama penyelidikan di antara FINAS dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini memberi gambaran tentang latar belakang keadaan dan masalah berkaitan dengan penulis serta penulisan skrip. Isu-isu yang dikaji adalah pelbagai dan berkisar dari perkara utama yang serius termasuk bayaran, pendapatan, latihan dan pendidikan serta mutu skrip. Di samping itu, sikap dan minat penulis, kritikan media serta masalah lain yang dihadapi dalam penghasilan skrip juga diutarakan.

Filem Malaysia Era 1975-1999

Buku ini merakamkan sinopsis, maklumat produksi dan gambar filem tempatan yang diterbitkan di antara tahun 1975-1999 iaitu saru tempoh yang merangkumi masa selama 25 tahun perfileman Malaysia. Ruang masa 25 tahun ini dipilih kerana 1975 dianggap tahun atau era bermulanya perfileman Melayu memasuki perubahan secara menyeluruh, iaitu dari segi penerbitan filem warna dan kebangkitan perfileman Melayu yang aktif oleh pengusaha tempatan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini yang didominasi di kalangan pengusaha dan karyawan-karyawan dari luar negara.

Sutradara Kontemporari Malaysia

Buku ini menelusuri jejak pemikiran, sudut pandangan dan falsafah hidup sutradara Malaysia dalam pekerjaan mereka. Sutradara Kontemporari merupakan jendela hati dan alam pemikiran 13 orang sutradara iaitu Abdul Razak Mohadideen, Adman Salleh, Aziz M. Osman, Badaruddin Azmi, Erma Fatima, Othman Hafsham, Mahadi J.Murat, Rashid Sibir, Raja Ahmad Alauddin, Shuhaimi Baba, U-Wei, Yasmin Ahmad dan Yusof Haslam.

Roll Camera Action

Merupakan himpunan artikel Yusof Haslam yang pernah mengisi ruangan khas Bintang Popular (sisipan Berita Minggu). Pemikiran Yusof Haslam yang dipancarkan dalam artikel ini bukan sahaja menyentuh pelbagai sudut kegiatan perfileman, bahkan juga tentang artis dan kehidupan mereka sebagai insan seni.

Tiada Kata Secantik Bahasa

Tanpa lirik bolehkah kita menikmati lagu-lagu itu? Sepatah kata Pak Jamil, lagu tanpa lirik, ibarat bunga tanpa warnanya. Buku ini merupakan koleksi lirik nukilan Jamil Sulong daripada filem-filem keluaran Shaw Brothers di Singapura semenjak tahun 50-an sehingga awal 2006. Lebih daripada 153 lirik ditulis oleh Pak Jamil dari pelbagai penggubah lagu seperti Ahmad Gafar dengan lagu IBU, Pak Zubir dengan lagu Ikan Kaloi atau Buai Laju-laju. Buku ini memberi makna bahawa betapa pentingnya nama untuk setiap karya.

Malaysian Films: The Beginning

Menceritakan tentang perkembangan filem Melayu yang bermula pada tahun 1933 sehingga kemuncaknya pada tahun 1950-an. Dua studio utama memainkan peranan penting dalam perkembangan filem Melayu di Singapura iaitu Malay Film Production Studio yang dimiliki oleh Shaw Brothers Organization dan Cathay Keris Studio di East Coast Road yang dimiliki oleh Cathay Organization.

Jejak Terbilang

Jejak Terbilang tulisan Aimi Jarr mendedahkan kisah peribadi 60 orang seniman dan seniwati filem Melayu yang tersohor yang pernah dan masih mewarnai dunia seni filem Melayu pada era kegemilangan filem Melayu iaitu era Studio Malay Film Production, Studio Cathay Keris dan Studio Merdeka Hulu Kelang. Beliau mengenali seniman dan seniwati ini sewaktu beliau menjadi wartawan hiburan majalah Gelanggang Filem di Singapura yang dimiliki oleh Tan Sri P.Ramlee.

Jins Shamsudin: Kembara Seorang Seniman

Jins Shamsudin ialah nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air menjangkau tempoh 50 tahun dan menempatkan ya sebagai karyawan filem berpengalaman luas. Penyertaannya dalam arena perfileman Melayu pada tahun 1956 menambah kehangatan era kegemilangan filem-filem Melayu khususnya terbitan Studio Jalan Ampas, Singapura. Jalan Ampas telah mencorakkan pelbagai aksi lakonan Jins Shamsudin. Anak kelahiran Perak ini juga mencipta nama sebagai pelakon bertaraf antarabangsa apabila ditawarkan berlakon di Hong Kong. Jins Shamsudin seniman sepanjang zaman yang berusaha gigih mencari perubahan, cabaran dan kemajuan sehingga kini.

Prinsip Filem Dokumentari: Penilaian, Penceritaan & Kritikan

Buku ini menggariskan cara penilaian sebuah filem dokumentari. Keunikan buku ini kerana menggunakan kaedah penilaian kualitatif yang boleh diberi nilaian angka dan pada yang sama bersifat kuantitatif. Penilaian kepada bentuk kuantitatif ini memudahkan tafsiran tentang mutu sebuah filem dokumentari untuk dihakimi.

Top