SINTOK, 9 April – Program Creative Industry Talent Empowerment Zone 2016 (Cite Zone) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS. Beliau yang mewakili YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM telah membacakan teks ucapan perasmian yang menggariskan beberapa perkara di dalam ucapannya:

  1. Kepentingan Strategi Lautan Biru bersama agensi pelaksana dasar,institusi pendidikan dan pemain industri dalam mencapai inisiatif kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam merealisasikan Wawasan 2020.
  2. Program CITEZONE anjuran Bahagian Kandungan KKMM dan UUM ini adalah manifestasi kepada kerjasama penganjuran yang boleh menjadi penanda aras industri kreatif negara
  3. Potensi industri kreatif untuk menjana ekonomi negara juga sangat tinggi dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM 200 juta melalui Rancangan Malaysia ke 10 untuk pembiayaan dan pembangunan industri kreatif negara.
  4. Peluang dan prospek kerjaya di bawah industri kreatif juga semenjak tahun 2010 telah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 7,799 dengan pulangan pelaburan sebanyak RM674. 8 juta.
  5. Pembangunan industri kreatif tempatan juga selaras dengan teras pembangunan modal insan melalui penghasilan karyawan industri kreatif di dalam pelbagai sektor kandungan termasuklah animasi, muzik, filem, drama dan lain lain
  6. Peranan institusi pendidikan di dalam pembangunan modal insan seperti penubuhan Pengajian Industri Kreatif di peringkat sarjana di bawah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM juga sangat membantu mencapai misi kerajaan seperti di dalam agenda Dasar Industri Kreatif Negara.

Program perasmian CITEZONE 2016 turut dihadiri oleh Prof. Dr.Hassan Ali, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UUM, En.Nik Kamaruzaman Nik Husin, Setiausaha Bahagian Kandungan KKMM, Dr.Norsiah Hamid, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Media dan Komunikasi UUM, penggiat industri dan para pelajar.

Program selama 4 hari di kampus UUM Sintok Kedah ini menyediakan platform strategik pembangunan ilmu di dalam industri kreatif seperti masterclass daripada karyawan industri, talk dan pitching untuk pelajar bagi pembiayaan Dana Micro Fund oleh Pitching Centre.uum1-1 uum1 uum2 uum3 uum4