Ahmad Mahmood : Bintang Di Langit Seni

Pengarang : Mohamad Saleeh Rahamad
Penerbit : FINAS
Tahun Terbitan :2010
Sinopsis :

Ahmad Mahmood merupakan satu nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air bermula pada tahun 1951 sewaktu merantau ke Singapura kemudian berjaya dalam uji bakat di Keris Film. Bakat beliau terserlah setelah bekerja dibawah syarikat MFP iaitu selepas beliau mengundurkan diri daripada Keris Film pada tahun 1952. Anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini juga mencipta rekod pada tahun 1967 apabila berjaya menjadi penerbit melayu pertama.