Kota Belud, 6 April – Di dalam inisiatif pembangunan modal insan dan sinergi ilmu karyawan industri khususnya generasi muda, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Kelab Beliawanis Kg.Wakap, Kota Belud, telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Dokumentari Video dan Filem (Asas) yang telah diadakan bermula 2 April 2018 telah selesai dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Bengkel selama 5 hari ini dilaksanakan di bilik kuliah RnR Kota Belud disertai oleh 30 orang belia dari sekitar daerah Kota Belud, Keningau dan Kudat . Bengkel ini dikendalikan oleh penggiat industri yang berpengalaman dalam penerbitan dokumentari iaitu En. Zan Azlee Zainal Abidin dengan pengkhususan terhadap asas penerbitan dokumentari dalam format video dan filem seperti pengenalan asas penggambaran video, ‘story telling’ dan ‘editing’.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri kepada Menteri Pertanian & Makanan Negeri Sabah. Majlis juga turut dihadiri YBhg. Dato Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Dato’ Deddy M. Borhan, Penasihat Industri Sabah dan Sarawak, Cik Habibah Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan Industri FINAS, Encik Aziz Hj Bilin, Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Kota Belud, Puan Ammyliah Hayati Abdul Aziz, Presiden Kelab Beliawanis Kg.Wakap, para tenaga pengajar, dan peserta bengkel.