Petaling Jaya, 15 April-Bengkel ‘Special Effect’ (Film and TV) bersama Adam Howarth, Special Effects Supervisor terkemuka di peringkat antarabangsa dengan projek-projek filem seperti Blackhat, Marco Polo, The Fall, Rescue Dawn, Eat Pray Love, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck anjuran Creative Content Industry Guild (CCIG) dengan kerjasama Unit Latihan FINAS di Panggung 1 FINAS Petaling Jaya yang dirasmikan oleh En. Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS. Bengkel interaktif bagi pembangunan ilmu dan kemahiran karyawan industri khususnya di dalam teknologi kesan khas ini disertai 70 ahli berdaftar CCIG. Turut hadir Pengerusi CCIG, Dato’ Jurey Latiff dan Presiden PROFIMA, Kapt Khir Mohd Noor.