Image

Books

Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir Aziz Sattar
9 years ago

Meredah Gelombang Seni : Sebuah Memoir Aziz Sattar

Pada tanggal 8 Ogos 1925 bertempat di Pakalongan, Surabaya lahirnya seorang bintang, beliau diberi nama Abdul Azez Bin Satta. Pada usia meningkat 3 tahun beliau dibawa berlayar ke Singapura. Pada zaman persekolahan beliau juga pernah bekerja sebagai caddy golf, namun bakat beliau dalam seni mula dilihat ketika beliau berusia 11 tahun. Kemudian mulanya kisah seni apabila beliau mula bekerja di Studio MFP Jalan Ampas sebagai pengalih suara pada tahun 1952.

Industri Dokumentari Di Malaysia
9 years ago

Industri Dokumentari Di Malaysia

Buku ini menjelaskan bagaimana keadaan dalam industri filem dokumentasi Malaysia diterokai secara saintifik dan sistematik berasaskan isu – isu yang diberi perhatian. Pendekatan kajian bermaksud perspektif atau cara isu industri dokumen ini diteliti sebagai subjek kajian
Bermulanya Filem Melayu
9 years ago

Bermulanya Filem Melayu

Pada peringkat awal perkembangan filem Melayu telah memperlihatkan gabungan bakat anak Melayu tempatan, Cina dan kemahiran seni perfileman dari bangsa India. Penghasilan buku ini juga dapat memperkenalkan kepada kita di mana pada awalnya persembahan wayang kulit menguasai pemikiran budaya hiburan masyarakat Melayu beberapa abad lamanya sehinggalah teknologi yang terkini yang telah menguasai perkembangan dunia perfileman tanah air
Pembikinan Filem Impak Maksima
9 years ago

Pembikinan Filem Impak Maksima

Buku Pembikinan Filem Impak Maksima menjelaskan tentang pelbagai aspek iaitu bermula daripada pra-produksi, produksi dan pra-produksi sehingga filem tersebut ditayangkan. Filem Impak Maksima merupakan filem tempatan pertama yang mengetengahkan permainan automatif khususnya aksi drag dan drift seperti filem Hollywood The Fast The Furious serta sekuelnya. Buku ini turut menyentuh tentang kehebatan elemen pemotoran yang ditonjolkan secara realistik menggunakan teknik khas imej janaan komputer (CGI). Buku Pembikinan Filem Impak Maksima mencipta sejarahnya tersendiri sebagai sebuah filem yang pertama dibukukan dalam siri Pembikinan Filem…. terbitan FINAS juga buku pertama di Malaysia yang menyentuh aspek pembikinan filem.

Tiada Kata Secantik Bahasa
9 years ago

Tiada Kata Secantik Bahasa

Tanpa lirik bolehkah kita menikmati lagu-lagu itu? Sepatah kata Pak Jamil, lagu tanpa lirik, ibarat bunga tanpa warnanya. Buku ini merupakan koleksi lirik nukilan Jamil Sulong daripada filem-filem keluaran Shaw Brothers di Singapura semenjak tahun 50-an sehingga awal 2006. Lebih daripada 153 lirik ditulis oleh Pak Jamil dari pelbagai penggubah lagu seperti Ahmad Gafar dengan lagu IBU, Pak Zubir dengan lagu Ikan Kaloi atau Buai Laju-laju. Buku ini memberi makna bahawa betapa pentingnya nama untuk setiap karya.

Malaysian Films: The Beginning
9 years ago

Malaysian Films: The Beginning

Menceritakan tentang perkembangan filem Melayu yang bermula pada tahun 1933 sehingga kemuncaknya pada tahun 1950-an. Dua studio utama memainkan peranan penting dalam perkembangan filem Melayu di Singapura iaitu Malay Film Production Studio yang dimiliki oleh Shaw Brothers Organization dan Cathay Keris Studio di East Coast Road yang dimiliki oleh Cathay Organization.

Jejak Terbilang
9 years ago

Jejak Terbilang

Jejak Terbilang tulisan Aimi Jarr mendedahkan kisah peribadi 60 orang seniman dan seniwati filem Melayu yang tersohor yang pernah dan masih mewarnai dunia seni filem Melayu pada era kegemilangan filem Melayu iaitu era Studio Malay Film Production, Studio Cathay Keris dan Studio Merdeka Hulu Kelang. Beliau mengenali seniman dan seniwati ini sewaktu beliau menjadi wartawan hiburan majalah Gelanggang Filem di Singapura yang dimiliki oleh Tan Sri P.Ramlee.

Jins Shamsudin: Kembara Seorang Seniman
9 years ago

Jins Shamsudin: Kembara Seorang Seniman

Jins Shamsudin ialah nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air menjangkau tempoh 50 tahun dan menempatkan ya sebagai karyawan filem berpengalaman luas. Penyertaannya dalam arena perfileman Melayu pada tahun 1956 menambah kehangatan era kegemilangan filem-filem Melayu khususnya terbitan Studio Jalan Ampas, Singapura. Jalan Ampas telah mencorakkan pelbagai aksi lakonan Jins Shamsudin. Anak kelahiran Perak ini juga mencipta nama sebagai pelakon bertaraf antarabangsa apabila ditawarkan berlakon di Hong Kong. Jins Shamsudin seniman sepanjang zaman yang berusaha gigih mencari perubahan, cabaran dan kemajuan sehingga kini.

Prinsip Filem Dokumentari: Penilaian, Penceritaan & Kritikan
9 years ago

Prinsip Filem Dokumentari: Penilaian, Penceritaan & Kritikan

Buku ini menggariskan cara penilaian sebuah filem dokumentari. Keunikan buku ini kerana menggunakan kaedah penilaian kualitatif yang boleh diberi nilaian angka dan pada yang sama bersifat kuantitatif. Penilaian kepada bentuk kuantitatif ini memudahkan tafsiran tentang mutu sebuah filem dokumentari untuk dihakimi.

Top
Font Resize
Contrast