Image

Books

Roll Camera Action

Merupakan himpunan artikel Yusof Haslam yang pernah mengisi ruangan khas Bintang Popular (sisipan Berita Minggu). Pemikiran Yusof Haslam yang dipancarkan dalam artikel ini bukan sahaja menyentuh pelbagai sudut kegiatan perfileman, bahkan juga tentang artis dan kehidupan mereka sebagai insan seni.

Tiada Kata Secantik Bahasa

Tanpa lirik bolehkah kita menikmati lagu-lagu itu? Sepatah kata Pak Jamil, lagu tanpa lirik, ibarat bunga tanpa warnanya. Buku ini merupakan koleksi lirik nukilan Jamil Sulong daripada filem-filem keluaran Shaw Brothers di Singapura semenjak tahun 50-an sehingga awal 2006. Lebih daripada 153 lirik ditulis oleh Pak Jamil dari pelbagai penggubah lagu seperti Ahmad Gafar dengan lagu IBU, Pak Zubir dengan lagu Ikan Kaloi atau Buai Laju-laju. Buku ini memberi makna bahawa betapa pentingnya nama untuk setiap karya.

Malaysian Films: The Beginning

Menceritakan tentang perkembangan filem Melayu yang bermula pada tahun 1933 sehingga kemuncaknya pada tahun 1950-an. Dua studio utama memainkan peranan penting dalam perkembangan filem Melayu di Singapura iaitu Malay Film Production Studio yang dimiliki oleh Shaw Brothers Organization dan Cathay Keris Studio di East Coast Road yang dimiliki oleh Cathay Organization.

Jejak Terbilang

Jejak Terbilang tulisan Aimi Jarr mendedahkan kisah peribadi 60 orang seniman dan seniwati filem Melayu yang tersohor yang pernah dan masih mewarnai dunia seni filem Melayu pada era kegemilangan filem Melayu iaitu era Studio Malay Film Production, Studio Cathay Keris dan Studio Merdeka Hulu Kelang. Beliau mengenali seniman dan seniwati ini sewaktu beliau menjadi wartawan hiburan majalah Gelanggang Filem di Singapura yang dimiliki oleh Tan Sri P.Ramlee.

Jins Shamsudin: Kembara Seorang Seniman

Jins Shamsudin ialah nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air menjangkau tempoh 50 tahun dan menempatkan ya sebagai karyawan filem berpengalaman luas. Penyertaannya dalam arena perfileman Melayu pada tahun 1956 menambah kehangatan era kegemilangan filem-filem Melayu khususnya terbitan Studio Jalan Ampas, Singapura. Jalan Ampas telah mencorakkan pelbagai aksi lakonan Jins Shamsudin. Anak kelahiran Perak ini juga mencipta nama sebagai pelakon bertaraf antarabangsa apabila ditawarkan berlakon di Hong Kong. Jins Shamsudin seniman sepanjang zaman yang berusaha gigih mencari perubahan, cabaran dan kemajuan sehingga kini.

Prinsip Filem Dokumentari: Penilaian, Penceritaan & Kritikan

Buku ini menggariskan cara penilaian sebuah filem dokumentari. Keunikan buku ini kerana menggunakan kaedah penilaian kualitatif yang boleh diberi nilaian angka dan pada yang sama bersifat kuantitatif. Penilaian kepada bentuk kuantitatif ini memudahkan tafsiran tentang mutu sebuah filem dokumentari untuk dihakimi.

Top