Oleh : Ahmad Syazli Muhd Khiar
syazli@finas.my
“Cinta wanita kerana seninya”

Di dalam meraikan Hari Wanita Sedunia pada tanggal 8 Mac, kegemilangan seni filem melalui perjuangan sebuah legasi dapat dilihat melalui citra dan aspirasi karyawan wanita itu sendiri. FINAS meraikan di antara beberapa nama yang sinonim dengan sebuah pencapaian menakluki sebuah lapangan seni sama ada di dalam atau di luar negara. Perjuangan mereka bukan sahaja tercatat di dalam sejarah sebagai pelakon, penerbit, pengarah serta karyawan filem yang mengagumkan tetapi lebih besar dari itu, suara seni mereka adalah lahir dari perspektif kekuatan seorang wanita.

“Selamat Hari Wanita Sedunia”

●Allahyarhamah Datin Saadiah Baharom: Primadona dan seniwati filem tanahair terkenal dari tahun 50an dari Jalan Ampas ini membintangi hampir 30 buah filem termasuklah Penarik Becha, Antara Dua Darjat, Musang Berjanggut, Hang Tuah dan muncul Pengarah Wanita Melayu Pertama melalui filem “Ceritaku Ceritamu” (1979) lakonan anaknya sendiri, Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Meor Hashim Manap.

●Dato’ Maria Menado- Seniwati dan primadona jelita yang terkenal dari tahun 50an dengan filem seram “Pontianak” nukilan cerita dan skrip beliau sendiri. Telah membintangi 20 buah filem klasik dan menjadi pelakon dan penerbit filem wanita Melayu pertama menerusi syarikat Maria Menado Production.

●Dato’ Sarimah Ahmad- Seniwati dan primadona yang diperkenalkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) ini telah membintangi lebih 35 buah filem Madu Tiga, Bidasari, Tiga Abdul, Gelora, Dr. Rushdi dan termasuklah filem-filem terbitan syarikat beliau Sarimah Film Productions iaitu Jejak Bertapak, Kabus Tengahari dan Dia Ibuku (1981) yang memenangi 10 anugerah di Festival Filem Malaysia ke 2 termasuklah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik buat beliau sendiri. Dato’ Sarimah juga menjadi pengarah bersama filem Kabus Tengahari bersama Allahyarham S. Sudamaji.

●Dato’ Hajjah Rosnani Jamil- Primadona filem Melayu yang berjuang enam dekad di dalam indsutri filem bermula dari tahun 1952 di Studio Jalan Ampas ini telah membintangi lebih 30 buah filem termasuklah yang diterbit, ditulis dan diarahkan beliau sendiri menerusi syarikat R.J Film iaitu Mawar Merah yang memenangi empat anugerah di Festival Filem Malaysia ke 7 selain filem Amelia, Antara Dua Hati, Bicara Hati, Memori dan terakhir, Mawar Putih (2016). Pernah menuntut di London Film School selama dua tahun, beliau adalah penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Jasmin di FFM ke 5 dan Karyawan Sepanjang Zaman di FFM26.

●Allahyarhamah Julie Dhalan-Produser yang terkenal dengan gelaran Iron Lady ini juga merupakan pelakon, penulis, pengarah dan penerbit menerusi produksi JD Productions dari tahun 80an dan 90an yang menghasilkan filem-filem seperti Wira Angkasa, Putera, Kad Cinta, Harry Boy, Hanny dan Cinta Metropolitan.

●Hajjah Habsah Hassan-Penulis lirik tersohor negara ini juga merupakan penerbit, penulis skrip melalui Serangkai Filem Sdn Bhd yang telah menghasilkan filem hebat “Hati Bukan Kristal” yang memenangi enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke 9 termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Figura hebat ini juga menerbitkan filem Soal Hati, Soalnya Siapa dan Qaisy dan Laila.

●Hajjah Ruhani Abdul Rahman- Penerbit filem wanita ini yang juga pemilik Nizarman (M) Sdn Bhd telah melahirkan filem-filem hebat yang mengangkat isu sosio budaya dan kemanusiaan seperti Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 10 (Bintang Malam) arahan Adman Salleh (Pengarah Terbaik) yang membolot 9 anugerah selain Amok (1995) arahan Adman Salleh. Hajah Ruhani juga berani melabur untuk filem-filem yang meneroka genre baharu seperti filem sains fiksyen XX Ray dan XX ray II arahan Aziz M. Osman dan Hanya Kawan (1997) sebuah filem romantik arahan sulung Pengarah Harapan FFM 13, Harith Iskander. Beliau juga bekerjasama menerbitkan filem Qaisy dan Laila (2005) bersama Hansah Hassan yang mengangkat kisah perjuangan dan kemanusiaan melalui peperangan di Afghanistan.

●Datin Paduka Shuhaimi Baba-Penerbit, penulis dan pengarah terkenal yang berdiri di bawah produksi Pesona Pictures ini adalah penerima empat kali Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia untuk filem Layar Lara, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundal Malam II dan Waris Jari Hantu ini dan telah menerbit dan mengarah 9 buah filem dengan Selubung dan Layar Lara masing-masing muncul Filem Terbaik di FFM 10 dan FFM 13. Beliau juga muncul sebagai Best Director for Foreign Film (Layar Lara) Brussels di International Independent Film Festival, Belgium pada tahun 1997.

●Allahyarhamah Yasmin Ahmad-Bermula dengan pembikinan iklan komersil bernuansa perpaduan, beliau yang terkenal dengan sebagai pengarah dan penulis bagi filem-filem seperti Sepet (Filem Terbaik FFM 18), Gubra (Filem Terbaik FFM 19), Mukhsin, Talentime (Pengarah Terbaik FFM22) dan Muallaf (Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 54) juga berjaya merangkul 18th Tokyo International Film Festival Best Asian Film Award (2005) untuk Sepet dan Berlin International Film Festival International Jury of Generation Kplus – Grand Prix of the Deutsches Kinderhilfswerk -Best Feature Film and Generation Kplus Children’s Jury Awards – Special Mention (2007) untuk filem Mukhsin.

●Puan Sri Tiara Jacquelina- Penerbit filem yang bermula sebagai model dan pelakon semenjak tahun 80an ini telah membintangi filem-filem seperti Irisan-Irisan Hati, Mat Som, Ringgit Kassorga (Pelakon Wanita Terbaik FFM 12) dan tentunya filem epik yang diterbitkan dan dilakonkan beliau Puteri Gunung Ledang (2004) yang telah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di 50th Asia Pacific Film Festival dan “Best Producer” Asian Festival of First Films di Singapore (2005).Filem ini juga mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi pada tahun 2004 selain telah menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy) dan 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem ini juga telah dipentaskan sebagai Teater Muzikal di Istana Budaya yang telah mencipta kualiti persembahan dan sambutan penonton yang mengagumkan.

●Erma Fatima- Penerbit, pelakon, penulis, pengarah yang bermula sebagai pelakon dari tahun 80an ini telah berlakon hamper 20 buah filem dan memenangi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 9 (Hati Bukan Kristal) dan Festival Filem Malaysia ke 11 (Femina) ini juga mengemudi karya-karya seperti seperti Jimi Asmara, Embun, Perempuan Melayu Terakhir sebagai pengarah dan berjaya memenangi anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke 7 menerusi Perempuan Melayu Terakhir lakonan Vanidah Imran, Dato’ Eizlan Yusof dan Azri Iskandar.

●Fauziah Dato’ Ahmad Daud- Primadona filem Melayu kesayangan ibubapanya, Seniman Allahyarham Dato’ Ahmad Daud dan datin Saadiah yang juga penerbit, pengarah, penulis skrip, penyanyi dan pelakon yang berkecimpung di dalam bidang seni hampir 40 tahun dan membintangi lebih 25 buah filem seperti Hati Batu, Permintaan Terakhir, Azura, Ali Setan, Puteri, Memori, Balada, Bintang Malam ini adalah penerima Bintang Harapan di FFM1- Ceritaku Ceritamu, Pelakon Wanita Terbaik FFM 6 (Ali Setan) & FFM 7 (Puteri) selain Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM28 (Langit Cinta). Beliau telah mengarahkan beberapa buah drama di bawah Ogy’s Production.

●Melissa Saila- Anak lagenda seni, Allayarhamah Seniwati Mariani ini merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit, penyanyi dan aktivis teater terkenal yang telah berkecimpung sebagai pelakon dari tahun 80an. Membintangi lebih dari 13 buah filem seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Kanta Serigala, Perempuan, Layar Lara dan Fantasi ini juga adalah penerbit dan pengarah kepada telefilem biopik hebat “Saloma”, Semarah Padi, Malam Ku Bermimpi dan Kronologi Si Penjual Roti.

●Ellie Suriaty- Pemenang Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke 26 menerusi filem Penanggal ini juga adalah pelakon, pengarah, penulis, pengajar, aktivis teater dan penerbit ini juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Pelakon Wanita Terbaik di 3rd Cinemaya Festival of Asian Films (CINEFAN), 2001 (India) menerusi filem Spinning Gasing. Filem-filem yang dibintangi beliau termasuklah filem antarabangsa, Anna & The King bersama Jodie Foster, Embun, Paloh, Soalnya Siapa (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM 16) dan Jangan Tegur. Filem sulung arahannya, yang menerima 15 pencalonan di FFM26 juga mewakili Malaysia ke Asian Film Awards 2013, Puchon International Fantastic Film Festival, Bucheon, Asia Pacific Screen Awards pada tahun 2014 selain menyertai program pasaran filem di 66th Cannes Film Festival.

●Tunku Mona Riza- Kejayaan Tunku Mona Riza, pengarah filem Redha terbitan Current Pictures di arena global tidak dapat dinafikan lagi melalui pencapaian sebagai Pengarah Wanita Pertama yang memenangi 7 anugerah di beberapa festival filem antarabangsa pada tahun 2016 seperti Filem Redha yang mengisahkan kekuatan dan pengorbanan pasangan suami isteri di dalam menghadapi cabaran anak tunggal mereka yang menghidap autism dibarisi pelakon hebat; Nam Ron, June Lojong, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester selain pelakon kanak-kanak; Harith Haziq dan Izzy Reef ini telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri di World Premieres Film Festival 2016, Manila, Philippines, Merit Awards di Los Angeles (Awareness Film Festival (LAAFF2016) dan Anugerah Utama dalam Main Competition iaitu: (i) The Special Prize Nominated by The President of Tatarstan Republic for Humanism in the Cinematography, (ii) The Special Prize of The Russian Guild Of Cinema Critics & (iii) The Best Actor in The Full Length Feature Film for Male Ensemble Actors; Nam Ron, Harith Haziq and Izzy Zulkhazreef di 12th Kazan International Muslim Film Festival 2016, Redha mewakli Malaysia ke 4th Casa Asia Film Week, Barcelona dan 10th Asia Pacific Screen Awards (APSA) di Brisbane, Australia, Latin American Film Festival di Kuala Lumpur dan menjadi filem untuk tayangan khas sempena Malaysian International Film Festival (MIFFEST) dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2017. Filem Redha juga memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2016

●Nandita Solomon- Penerbit wanita kreatif dari Apparat Productions ini adalah seorang penulis dan pembikin filem disegani dengan penerbitan karya-karya bercirikan tempatan namun memiliki nilai universal dan global yang tinggi. Filem terbitannya arahan Dain Said, Bunohan yang memenangi 8 anugerah di Festival Filem Malaysia ke 25 termasuklah Filem Terbaik, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik. Selain memenangi NETPAC di Taipei Golden Horse Film Festival, filem “Bunohan” juga telah mewakili Malaysia ke 85th Annual Academy Awards, 6th Asia Pacific Screen Awards, 55th Asia Pacific Film Festival, Asian Film Awards 2013. Selain itu, Nandita yang menjadi penulis lakonlayar filem noir fantasi “Interchange’ bersama Dain, June Tan dan Redza Minhat juga bertanding bagi kategori tersebut selain Sinematografi Terbaik dan Filem Terbaik buat “Interchange” di Malaysia Golden Global Awards 2017. Filem “Interchange” juga telah berjaya membuka lembaran apabila ditayangkankan di Toronto International Film Festival, Singapore International Film Festival dan Locarno International Film Festival. Nandita yang merupakan alumni EAVE (European Audiovisual Producers Network) juga banyak mempersembahkan projek-projek penerbitannya di pasaran antarabangsa seperti Crossing Borders (2012), DocEdge (2011 & 2013), Hong Kong Asia Film Finance Forum (2012), Buchon NAFF IT Project (2013) and Busan Asian Cinema Fund (2011). Wanita ini juga adalah di belakang tabir bagi penerbitan dokumentari Malaysia yang menembusi pasaran dunia seperti Fish Listener dan Coral Triangle.

●Tan Chui Mui- Penerbit, pengarah, penulis filem ini adalah di antara pembikin filem wanita generasi baharu yang menembusi dunia dengan karya-karya bersifat sejagat dan tempatan. Kemenangan filem cereka sulungnya yang terkenal, ‘Love Conquers All’ (2007) memenangi Tiger Award di 36th International Film Festival Rotterdam, New Currents Awards dan Fipresci Award di 11th Pusan International Film Festival selain Year Without a Summer juga membuka potensi dunia kepada wanita kelahiran Sungai Ular, Kuantan ini. Aktif menerbitkan filem pendek seperti “A Tree in Tanjung Malim’ yang memenangi anugerah Principal Prize di International Short Film Festival Oberhausen in Germany (2005) dan Clermont-Ferrand Short Film Festival, Chui Mui juga menjadi karyawan wanita Malaysia yang pernah dipayungi di bawah Cannes Cinefondation Residency pada 2007; sebagai galakan kepada pembikin filem-filem antarabangsa yang berpotensi melalui projek filem pertama atau kedua mereka. Kecemerlangan wanita ini sebagai pembikin yang disegani membawa namanya juga sebagai juri festival filem antarabangsa seperti International Film Festival Rotterdam, Busan Film Festival, Clermont-Ferrand Film Festival, Shanghai International Film Festival, Beijing Independent Film Festival, Hong Kong IFVA Award, Vladivostok International Film Festival dan aktif sebagai mentor dan pembimbing karyawan filem tempatan dan Asia melalui program sinergi ilmu dan modal insan seperti Asean- ROK FLY, South East Asian FilmLab dan Makassar SEA Skrin Academy.

●Indrani Kopal- Kejayaan pembikin filem wanita muda ini memenangi Best Student Documentary award , American Pavilion’s Emerging Filmmaker Showcase di Cannes Film Festival 2015 melalui dokumentari “The Game Changer” mengenai seni tarian sebagai komponen program pemulihan ini nyata memperlihatkan potensi beliau sebagai pencerita dan pembikin yang menggegar dunia setelah memenangi Harlem International Film Festival in New York melalui dokumentari yang sama.

●Jess Teong- Kejayaan filem-filem seperti Papermoon dan The Kid from The Big Apple yang menempa kejayaan di dalam untuk Festival Filem Malaysia dan luar negara adalah bukti keampuan wanita ini sebaagi penerbit,penulis dan pengarah bagi filem-filem yang mengangkat nilai kekeluargaan dan kebudayaan tempatan. Dicalonkan untuk 10 kategori di Festival Filem Malaysia ke 28, The Kid from the Big Apple karya sulungnya berjaya memenangi anugerah Khas Juri dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Sarah Tan) selain membolot empat anugerah di 7th Macau International Film Festival dan ditayangkan di Taiwan dan Hong Kong pada 2016. Jess Teong juga membawa nama Malaysia apabila karyanya meneroka festival filem antarabangsa seperti Osaka Asian Film Festival (OAFF) dan Aichi International Women’s Film Festival 2016.

●Nadira Ilana- Pembikin filem wanita muda ini yang gemar bercerita tentang keunikan budaya, akar dan asal usul masyarakat di negeri kelahirannya Sabah ternyata mampu mengembara dengan hasil karyanya khsusnya dokumentari. Beliau memenangi Best Human Rights Documentary menerusi karyanya ‘The Silent Riot’ di Freedom Film Festival 2012 selain dokumentari ‘Big Stories Bongkud- Namaus’, sebuah projek kerjasama dokumentari mikro dengan Australia yang mengangkat keunikan budaya dan komuniti di mana Nadira mengetuai projek antarabangsa ini di bawah jenama Big Stories Co. Kampung Bongkud and Kampung Namaus di Ranau Sabah yang berjaya dipertontokan di peringkat antarabangsa.

●Bea Tanaka- Tenaga pengajar, penerbit, penulis yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam dan luar negara termasuk di Los Angeles dan Jepun. Filem Nota terbitan dan tulisan beliau telah memenangi anugerah Lakonlayar Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 28 selain memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Maya Karin) di Anugerah Skrin 2016. Kejayaan wanita ini yang berganding dengan suaminya, Yasu Tanaka menerusi produksi 42nd Pictures berjaya memenangi Aurora Producing Award untuk projek penerbitan filem “Terbalik” di 2nd Southeast Asian Film Financing Project Market di Singapura. Wanita ini juga telah berjaya menjenamakan SSFFA Malaysia (Short Shorts Film Festival& Asia) sebagai platform pembangunan karyawan Asia menerusi pembikinan filem selain menjadi rakan strategik penganjuran Panasonic Digital Short Film Competition yang bertujuan melahirkan karyawan generasi baharu dengan projek filem pendek yang berkualiti.

●Wan Hasliza Wan Zainuddin- Penerbit dari KL Motion Pictures, pengarah dan penulis wanita ini telah menghasilkan filem-filem seperti Penunggu Istana yang menggunakan konsep pembikinan baru subgenre mokuementari seram dan Love Supermoon bernuansa komedi romantic yang telah memenangi anugerah Lakonlayar Terbaik di Anugerah Skrin 2016 selain menerima empat pencalonan di Festival Filem Malaysia ke 28. Filem ‘Love Supermoon’ juga menerima sambutan hebat penonton apabila mewakili Malaysia di 4th Hanoi International Film Festival. Wan Hasliza yang menjadi juri di Festival Filem Malaysia ke 27 juga berjaya menghasilkan drama bersiri berkonsep kekeluargaan dan santai seperti Keluarga Iskandar, Jodoh, Keluarga Karaoke.

●Sharifah Amani- Pelakon, penulis, pengarah dan aktivis teater ini telah membintangi hampir 25 buah filem selain berjaya memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita FFM 18 untuk filem Sepet dan Pelakon Wanita Terbaik di FFM 19 untuk filem Gubra selain berjaya mengembangkan bakat lakonannya di persada antarabangsa iaitu di negara Jepun melalui filem filem Redemption Night arahan pengarah Jepun, Takato Hosoi, dan sebagai pembantu rumah di dalam cerita ‘Pigeon’ arahan Isao Yukisada di dalam projek penerbitan filem omnibus Asian Three Fold Mirrors 2016 :Reflections yang ditayangkan khas sempena Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2016.

**Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili organisasi