PENGENALAN

Festival Filem Malaysia adalah sebuah acara tahunan anjuran FINAS yang berprestig yang diadakan untuk menghargai penggiat-penggiat seni tanah air dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Ia juga akan memberi peluang kepada penggiat filem baru untuk menonjolkan kebolehan mereka.

KONSEP

Festival Filem Malaysia akan menyumbang ke arah penghargaan budaya filem. Pencapaian yang bermanfaat oleh penggiat filem yang berhak menerima anugerah FFM. Anugerah sedemikian akan mempertahankan kualiti dan kreativiti filem tempatan dan juga akan menggalakkan pengeluaran filem tempatan.

OBJEKTIF

  • FFM-30 merupakan inisiatif pihak kerajaan membangunkan platform festival filem nasional yang berprestij untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan karyawan industri filem tanah air
  • FFM-30 adalah bagi menjana jaringan dan kerjasama strategik di antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para pemain
  • FFM-30 adalah manifestasi kepada usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti yang seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri

SEJARAH

Sejak penganjuran edisi pertama Festival Filem Malysia (FFM) yang dipelopori oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) dalam tahun 1980, FFM terus menjadi gelanggang mengiktiraf hasil seni filem dan karyawan filem. Acara ini menjadi satu institusi piawaian mutu secara tidak langsung dalam menilai dan mengadili kecemerlangan kualiti penerbitan filem tanah air sama ada genre filem cereka, dokumentari, pendek, animasi dan iklan.

Menariknya, tahun 2006 menyaksikan FFM edisi ke-19 dilaksanakan oleh Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang mendapat sambutan penuh daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan FINAS, badan yang dipertanggungjawabkan membangunkan industri filem Malaysia.

Senario ini disifatkan seperti kata pepatah “bagai sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk” apabila FFM kembali ke tangan pendukung dan warga filem sendiri. Sejarah merekodkan FFM juga pernah dikendalikan oleh persatuan perfileman seperti GAFIM sebelum tercetusnya polemik di kalangan persatuan perfileman siapakah lebih layak mengajurkan festival yang menjadi kebanggaan warga filem ini.

Maka, FINAS dengan peruntukan tertentu selaras dengan Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Negara iaitu “untuk mengambil bahagian dalam pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan perusahaan perfileman dan untuk mengadakan, menganjur dan mengambil bahagian dalam pesta-pesta, pameran-pameran dan seminar-seminar filem atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya di dalam dan di luar negara”, telah mengambil alih peranan pengajuran FFM sejak FFM-16 pada tahun 2003.

TEMA FFM30 INSPIRASI SINEMAKU

“Manifestasi Penjenamaan Dan Kecemerlangan Penerbitan Filem Malaysia Yang Bergerak Progresif Seiring Dengan Pembangunan Kualiti Dan Kandungan Beridentitikan Nilai Tempatan Yang Berjaya Mencipta Impak Di Peringkat Domestik Dan Juga Antarabangsa”

PENGANJUR

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

KERJASAMA PERSATUAN PERFILEMAN

• PERSATUAN PENERBIT FILEM MALAYSIA (PFM)
• PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA (PTVM)
• PERSATUAN SENIMAN
• PERSATUAN SUTRADARA MALAYSIA (FDAM)
• PERSATUAN PEKERJA PROFESIONAL FILEM MALAYSIA (PROFIMA)
• PERSATUAN WARTAWAN DAN PENULIS HIBURAN MALAYSIA (WHAM)
• MALAYSIAN SOCIETY OF CINEMATOGRAPHERS (MYSC)
• CREATIVE CONTENT ASSOCIATIONS MALAYSIA (CCAM)
• MALAYSIAN DOCUMENTARY ASSOCIATION (MYDOCS)
• PERSATUAN POS-PRODUKSI DAN ANIMASI MALAYSIA(POSTAM)
• PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA (ANIMAS)

KERJASAMA RAKAN STRATEGIK

• DORSETT HARTAMAS
• GOLDEN SCREEN CINEMAS
• PUSAT KAJIAN DAN APRESIASI FILEM
• ASWARA
• UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
• UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
• KELAB FILEM & MUZIK MELAYU KLASIK

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI FILEM YANG LAYAK BAGI FFM-30

I. Filem-filem Malaysia yang tidak pernah menyertai mana- mana siri Festival Filem Malaysia dan;

ii. Filem-Filem Malaysia yang telah mendapat Sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 31 disember 2018