ASIA DIRECTOR TALK

Bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29), FINAS dengan kerjasama Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) telah mengadakan program Asia Director Talk di Balai Seni Visual Negara bersama Mr Sasi, seorang pembikin dan penulis filem terkenal di dalam industri filem Kollywood di Chennai, India. Melalui platform pembangunan ilmu dan modal insan, pemenang anugerah Filmfare Awards South, Vijay Awards and the Tamil Nadu State Film Awards ini telah berkongsi pengalamannya bersama khalayak tempatan dan antarabangsa mengenai perspektif pembangunan kandungan, pemerkasaan 'storytelling', strategi pemasaran filem selain citra filem Asia dan budaya melalui filem-filem seperti Sollamale (1998), Seenu (1999), Roja Kootam (2002), Dishyum (2006), Poo (2008), Ainthu Ainthu Ainthu (2013) & Pichaikkaran (2016).

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29


RUANG BICARA FFM29 - BERNAMA NEWS CHANNEL



MENEROKA SPEKTRUM SINEMATOGRAFI SINEMA ANTARABANGSA DAN VISUAL STORYTELLING MELALUI DUNIA SINEMATOGRAFI
Sempena penganjuran Festival Filem Malaysia 29 #FFM29 iaitu program 'International ASC Masterclass' di dalam bidang Sinematografi anjuran FINAS dengan kerjasama The American Society of Cinematographers (ACS) dan Malaysian Society of Cinematographers yang menampilkan Dean Cundey, sinematografer antarabangsa di sebalik filem-filem Hollywood seperti Jurassic Park, Halloween, Back to the Future, Who Framed Roger Rabbit, The Flintstones, Apollo 13, Flubber, Casper, Looney Tunes dan Garfield.
#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29 @FFM29Official

MAS1
JELAJAH PROMOSI FFM29 DI GSC NU SENTRAL

Sekitar Jelajah Promosi #FFM29 bagi jelajah yang terakhir bertempat di GSC Nu Sentral, KL. Dibawakan khas buat peminat serta fanclub penampilan istimewa Idris Khan, Hafeez Mikail dan Adeline Tsen, para pengunjung yang hadir diberi peluang berinteraksi bersama artis pilihan mereka dalam sesi eksplorasi bakat dan segmen kuiz industri sempena Festival Filem Malaysia ke-29 yang akan melabuhkan tirai pada 23 September 2017 di PWTC nanti.

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29


SPEKTRUM KOMERSIAL ‘POLIS EVO’ & KUALITI PRODUKSI FILEM PECAH PANGGUNG DITEROKA DI FFM29

Program sinergi ilmu yang menjadi fokus FINAS sebagai penganjur Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) telah dimanifestasikan di platform Program Meneroka Makna Filem dengan kerjasama Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM). Filem ‘box office’ tempatan tertinggi yang merangkul 3 anugerah dari 10 pencalonan di FFM28 dan mencapai kutipan tiket melebihi RM17 juta, Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd telah berlangsung di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang sebentar tadi dengan sesi tayangan dan apresiasi bersama panelis jemputan iaitu ahli akademik dan pengkritik filem, Dr. Norman Yusoff serta Haris Hue Abdullah, Sinematografer Terbaik FFM28 bagi filem Polis Evo.

Di antara intipati yang telah dikupas bersama panelis dan tetamu ialah proses penjenamaan filem bergenre aksi dan drama ini, keseimbangan kualiti produksi dan impak penontonan serta aspek ‘cinematic tourism’ melalui penonjolan Terengganu sebagai lokasi penggambaran. Haris Hue yang memenangi anugerah Sinematografi Terbaik FFM keduanya selepas Songlap di FFM25 turut berkongsi cabaran menterjemah visi sebuah filem aksi yang turut menonjolkan kekuatan seni visual setaraf produksi antarabangsa. Filem yang mengangkat perjuangan Polis DiRaja Malaysia membanteras sindiket dadah ini telah menyertai siri Festival Filem Antarabangsa sebagai ‘official selection’ seperti Fukuoka International Film Festival, Bucheon International Fantastic Film Festival, Asian American International Film Festival dan mewakili Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke 57 di mana Hushairi Husain telah menerima pencalonan akhir bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Turut sama hadir dalam program tersebut En. Othman Hafsham; Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), En. Syed Zulkifli Syed Masir; Timbalan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), U-Wei Hj. Saari, Dr. Mahadi J. Murat, Datuk Yusof Haslam, Dr. Ahmad Ibrahim, Haji Abd Khalid Maulud, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, para pelajar jurusan perfileman, karyawan industri, pencinta filem dan pihak media.

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29


TAYANGAN DAN APRESIASI FILEM MUNAFIK SEMPENA FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-29

Sekitar Program Meneroka Makna Filem anjuran FINAS dengan kerjasama Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) melalui apresiasi Filem Munafik arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 57, Syamsul Yusof terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. Program berlangsung di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang yang kemudiannya disusuli dengan sesi apresiasi bersama tetamu jemputan iaitu sinematografer filem, Encik Rahimi Maidin dan Dr. Khairul Fazi.

Program apresiasi dan diskusi filem bersama pembikin ini adalah merupakan salah satu aktiviti program yang telah disusun sempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke-29 pada tahun ini melalui kerjasama strategik di antara FINAS dan FDAM dalam memperkasakan aspek pembangunan dan integrasi ilmu melalui perkongsian dan rujukan karyawan-karyawan filem tanahair. Diskusi interaktif dua hala ini telah meneroka 'visual storytelling & communication' dari aspek sinematografi, falsafah, aspirasi, cabaran, proses, pembikinan dan kritikan dalam filem bergenre dakwah dan seram ini di mana setiap pandangan, kritikan dan pertanyaan telah diperbincangkan melalui spectrum “intellectual discussion” bagi membina jaringan ilmu dan kefahaman dalam sesebuah filem.

Turut sama hadir dalam program tersebut En. Othman Hafsham, Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), En. Syed Zulkifli Syed Masir Timbalan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia ( FDAM), Tuan Haji Abd Khalid Maulud, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, para pelajar jurusan perfileman, karyawan industri, pencinta filem, dan pihak media.

  JELAJAH PROMOSI FFM29 DI GSC 1 UTAMA Sekitar Jelajah Promosi #FFM29 di GSC 1 Utama dengan penampilan istimewa Wak Doyok, Idris Khan dan Nadiya Nissa. Para pengunjung bertuah telah menerima pas masuk Malam Anugerah FFM29 pada 23 September 2017 ini. #TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29


JARINGAN KERJASAMA DOMESTIK DAN GLOBAL DITEROKA DI PLATFORM FFM29

Platform pembangunan pasaran domestik dan antarabangsa mengisi program di hari kedua Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM 29) melalui Program ContentASIA 2017 Symposium & Networking anjuran FINAS dan Creative Content Association Malaysia (CCAM).Selain perkongsian kepakaran syarikat produksi tempatan yang menembusi urusniaga komersil di peringkat global melalui Masterclass: Merchandising and Digital Marketing, FFM29 turut memberi fokus kepada program Business to Business (B2B) Networking di antara 25 syarikat produksi, penyiar, agensi serta pelabur dalam dan luar negara telah memberi peluang kepada perkongsian maklumat dan jaringan pasaran di antara peserta terlibat.

Selain FINAS, di antara syarikat produksi dan agensi yang terlibat ialah Astro Production (Malaysia), Media Prima/Primeworks (Malaysia), RTB (Brunei), Rajawali TV (Indonesia), Hanmac Culture & Signal Pictures (Korea Selatan), 27 Ten Production (United Kingdom), Ne Media Syndication (India), Sterling International (Pakistan), Mediacorp Suria (Singapore), Zenith Film Distributors (Afrika Selatan) & lain-lain.

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29
@FFM29Official

CONNECTASIA 2017 SYMPOSIUM & NETWORKING

Sekitar Program ConnectASIA 2017 Symposium & Networking yang berlangsung sempena Festival Filem Malaysia ke 29.

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29


PROMOSI FFM29 DI KLFM
Promosi #FFM29 terus hangat di saluran radio Nasionalfm 95.3. Temu ramah ekslusif Kaka Azra menerusi lakonannya dalam filem Alif 7 Dimensi yang mana turut menyanyikan lagu tema filem itu.
Semoga visi dan misi mereka bagi memperkasakan industri dapat direalisasikan dengan bakat seni yang ada.
#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29

SIDANG MEDIA KE 2 FFM29
Sekitar Sidang Media ke 2 Festival Filem Malaysia 29 anjuran WHAM di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. #FestivalFilemMalaysia

FESTIVAL FILEM MALAYSIA 29 ABADIKAN PERJUANGAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN DI LAYAR BINTANG

Di dalam penganjuran Festival Filem Malaysia ke 29 yang akan berlangsung dari 14-23 September 2017 ini, FINAS akan mengabadikan perjuangan dan ketokohan karyawan dan Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin melalui Program Imbas Kembali dan Layar Bintang. Perjuangan Allahyarham sebagai anak seni yang bermula daripada tahun 1956 di Malay Film Productions, Jalan Ampas, Singapura, pemikiran dan ideologi sebagai pembikin filem melalui karya-karya hebat seperti Tiada Esok Bagimu, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan selain sumbangan kepada pembangunan industri filem akan dikongsi melalui panel-panel yang terlibat. Pengiktirafan kepada perjuangan, ketokohan dan sumbangan Allahyarham Tan Sri akan diabadikan melalui simbolik plak Layar Bintang di program tersebut.Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 September 2017 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi-12.00 tengahari
Tempat : Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang
Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi Urusetia Program Imbas Kembali, Cik Drusella di 03-41041489 atau Cik Aiza di talian 03-41041396.
@FFM29Official

1
PROMOSI FFM29 DI KLFM

Terima kasih Klfm-Rentak Interaktif Kota untuk sokongan mempromosikan Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) dengan temubual eksklusif bersama Pekin Ibrahim/Rock Bro, Diana Danielle/Hanyut dan Syafiq Yusof/Desolasi & Abang Long Fadil 2

Trivia:
•Pekin Ibrahim memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM28 untuk filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
•Syafiq Yusof adalah penerima anugerah Pengarah Harapan FFM25 untuk filem SAM
•Diana Danielle pernah dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik FFM26 untuk filem Sembunyi: Amukan Azazil

@FFM29Official
#TransformasiCitraKarya
#FFM29 #FestivalFilemMalaysia

JELAJAH PROMOSI FFM29
jelajah1


JELAJAH PROMOSI #FFM29  DI GSC MELAWATI MALL


Jelajah Promosi #FFM29 hari ini di GSC Melawati Mall dengan pengisian interaktif dan pemberian pas pas khas Malam Anugerah pada 23 September 2017 ini. Turut serta bersama pengunjung ialah bintang dari filem Redha dan Interchange yang juga merupakan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM27) , Nadiya Nisaa dan bintang dari filem Kau Takdirku, Ezzaty Abdullah.
#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29

Jelajah Promosi #FFM29 hari ini di GSC Melawati Mall dengan pengisian interaktif dan pemberian pas pas khas Malam Anugerah pada 23 September 2017 ini. Turut serta bersama pengunjung ialah bintang dari filem Redha dan Interchange yang juga merupakan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM27) , Nadiya Nisaa dan bintang dari filem Kau Takdirku, Ezzaty Abdullah.


#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29

JELAJAH PROMOSI #FFM29 DI GSC PAVILION

Jelajah Promosi #FFM29 bermula hari ini di GSC Pavilion dengan pengisian interaktif dan pemberian pas pas khas Malam Anugerah pada 23 September 2017 ini. Turut serta bersama pengunjung ialah pelakon filem Kau Takdirku, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos.

#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29


AKTIVITI –AKTIVITI SIMPOSIUM & APRESIASI FILEM SEMPENA FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 29 (2017)
Bil Program Tarikh Masa Tempat Pengisian
1 Majlis Imbas Kembali & Layar Bintang Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin 14 Sept 2017 (Khamis) 10.00 am – 1.00 pm Studio Sound Stage, Finas Hulu Kelang Meneroka Keperibadian, Ketokohan, Falsafah, Ideologi Dan Aspirasi Pembikinan Filem Karya Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin
2 Connect Asia Symposium & Networking Program Dengan Kerjasama Creative Content Association Malaysia (CCAM) 14 Sept 2017 (Khamis) 1.00 pm-6.00 pm Studio Sound Stage, Finas Hulu Kelang Meneroka Maklumat Potensi Pasaran Dan Kerjasama Antarabangsa (Eksport Dan Pelaburan) Kandungan Tempatan Untuk Pasaran Baharu Di Luar Negara Bersama Delegasi Luar Negara
15 Sept 2017 (Jumaat) 9.00 am - 12.30 pm
3 Apresiasi Filem : I) Munafik – Ii) Polis Evo – Dengan Kerjasama Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) 17 Sept 2017 (Ahad) 9.30am-12.30am & 2.30 pm -5.30 pm Studio Sound Stage, Finas Hulu Kelang Apresiasi Filem Komersil Berjaya Karya Generasi Muda Syamsul Yusof (Munafik) Dan Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
4 Masterclass International American Society Of Cinematographers  (Asc) Dengan Kerjasama (Mysc) Tenaga Pengajar: -Dean Cundey -James Neihouse -Theo Van De Sande -Saul Molina -Marvin Lopez 18-22 Sept 2017 Isnin -Jumaat 9.00am -6.00pm Studio Sound Stage, Finas Hulu Kelang Meneroka Spektrum Sinematografi Sinema Antarabangsa Dan Visual Storytelling Melalui Dunia Sinematografi
6 Bicara Sutradara Asia -Mr. Sasi Dari India 22 Sept 2017 (Jumaat) 9.00 am-6.00 pm Auditorium Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur Meneroka Falsafah Dan Pembikinan Auteurship Pengarah Filem Dari Asia Yang Berjaya Mengangkat Sinema Bercitrakan Subjek/Cerita Tempatan Dan Berjaya Ke Pasaran Dunia
7. Mastertalk With American Society Of Cinematographers (Asc):- I)  Dean Cundey Ii) James Neihouse Iii)Antonio Reistra Dengan Kerjasama Malaysian Society Of Cinematographers (Mysc) 23 Sept 2017 (Sabtu) 9.00am-12.00 pm Pawagam  Mini P.Ramlee,  Finas Hulu Kelang Perkongsian Idea Dan 'Meet & Greet' Bersama DOP Yang Terlibat Dalam Filem-Filem Terkenal Seperti Back To The Future, Jurassic Park, Apollo 13, Grown Ups, Blade Dan Banyak Lagi.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH     1. Anugerah Filem Box Office Skop Productions & Astro Shaw-Abang Long Fadil 2

2. Anugerah Kostum/Busana terbaik Akma Suriati Awang – Hanyut  

3. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik Daniel – Hanyut  

4. Anugerah Sinematografi Terbaik Jordan Chiam – Interchange  

5 Anugerah Penyunting Terbaik Nazim Shah – J Revolusi  

6 Anugerah Penataan Seni Terbaik Zaharah Naqibullah – Interchange  

7. Anugerah Skor Muzik Terbaik David Koon-You Mean The World To Me  

8. Anugerah Pelakon Kanak-kanak terbaik Harith Haziq – Redha

  9. Anugerah Pelakon Wanita Harapan June Lojong – Redha  

10. Anugerah Pelakon Lelaki Harapan John Tan-You Mean The World To Me  

11.Anugerah Pengarah Harapan Tunku Mona Riza-Redha  

12. Anugerah Cerita Asal Terbaik Jason Chong-Adiwiraku

  13. Anugerah Lakon Layar Terbaik Saw Teong Hin- You Mean The World To Me  

14. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shaheizy Sam-Interchange  

15. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Diana Danielle-Hanyut

  16. Anugerah Penggiat Belakang Tabir Johan Ariffin Ibrahim  

17. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Datuk Yusof Haslam  

18. Anugerah Khas Juri Desolasi/Skop Productions Sdn Bhd-Filem yang mengaplikasikan penggunaan kesan khas visual meyakinkan  

19. Anugerah Khas Juri Shuttle Life/MM2 Distributions-Filem yang mengangkat kesedaran sosial dan nilai-nilai kemanusiaan  

20. Anugerah Khas Juri Pekak/ Grand Brilliance Sdn Bhd & Lightbulb Pictures-Filem yang mengupas isu sosial remaja berkaitan najis dadah  

21. Pelakon Lelaki Terbaik Nam Ron-Redha

  22. Pelakon Wanita Terbaik Sangeetha Krishnasamy-Adiwiraku

  23. Pengarah Terbaik Dain Said- Interchange  

24. Filem Terbaik Adiwiraku  

 
FFM29 830MALAM

FINAS dengan kerjasama Persatuan –Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kerjasama persatuan-persatuan perfileman yang terlibat sempena penganjuran FFM29 adalah seperti berikut:

 
  1. Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)
  2. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
  3. Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM)
  4. Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM)
  5. Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA)
  6. Persatuan Karyawan
  7. Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM)
  8. Malaysian Society of Cinematographers (MYSC)

BARISAN PENAJA FFM29
CARTIVIA
RIFFAI COUTURE
ZEST PRINT
AIRISH LONDON
IDEALYST MEDISPA WANGSA MAJU
MIRAZY CATERING
PICCAABOOTH
EMMA BEAUTY NATURAL SKIN CARE
HADIJAH SS INDUSTRIES
NAINA PELANGI RESOURCES
BYOND PRODUCTION SDN BHD
FUYYO PICTURES
MHAM
AL-MALIK SDN. BHD.
MK ENTERTAINMENT
INTEGRASI NALURI
FLORALIZZ
AIEYS COLLECTION
SITI MURNI

Mat Moto Otai
Pencuri Hati Mr. Cinderella’
Sindiket
Minah Moto
Let’s Eat (Mandarin)
Goodbye Mr. Loser (Mandarin)
Kampung Drift
Lurking Woods (Inggeris)
Shuttle Life (Mandarin)
Hijabsta Ballet
Dukun Doktor Dani
Aliff Dalam 7 Dimensi
Kimchi Untuk Awak
Kau Yang Satu
Bisik Pada Langit
You Mean The World To Me (Mandarin)
Temuan Takdir
Happy Birth Death (Mandarin)
Bopeng
Therapist (Mandarin)
Harmonika
Adiwiraku
Soulmate Hingga Jannah
Redha
Mayangaathey (Tamil)
Hanyut
Malay Regiment
Showdown The Movie
Lebuhraya Ke Neraka
Pekak
Rock Bro
J Revolusi
Desolasi
Abang Long Fadil 2
Geethaiyin Raadhai (Tamil)
LUQMAN
Thottam-The Garden (Tamil)
Mawar Putih
Interchange
Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior
Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng
RIP? (Tamil)
Pak Pong
Kerja Kahwin
Maama Machan (Tamil)
Radhi Rudy Bin Dadu
My Mr. Right (Mandarin)
Hospital
Dorm Melati
Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
Pelepas Saka
Volkswagen Kuning
Zack Kapcai