Kuala Lumpur, 9 April – Majlis Sidang Media Program Inspirasi YES Malaysia anjuran MBits Digital dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melancarkan sebuah program digital Inspirasi Ikon Belia Hiburan atau Young Entertainment Star (YES) Malaysia di KL Tower hari ini.

Program asal MVTV Asia berbentuk edutainment bertajuk Inspirasi YES Malaysia boleh didapati di platform digital MVTV Asia ‘smart box’ atau boleh dimuat turun di telefon pintar melalui aplikasi MVTV Asia berfungsi sebagai #DigitalWindow untuk membawa kandungan tempatan ke peringkat antarabangsa bagi mempamerkan kisah kejayaan ikon-ikon MVTV Asia menerusi beberapa tema program dan inisiatif iaitu YES Ikon Kenalan, YES Ikon Talk, dan YES Talks yang membolehkan peminat berinteraksi dengan para ikon sebagai sumber inspirasi kejayaan.

Dato’ Mohd Khusairi Abd Talib dalam ucapannya mengatakan FINAS menyokong usaha MVTV untuk mengembang dan memperkuat kreativiti industri filem di Malaysia dengan menggalakkan lebih ramai artis untuk berkongsi kisah kejayaan mereka dan menjadi ikon hiburan negara dengan bekerjasama rapat dengan FINAS melalui platform hari ini.

Hadir memeriahkan majlis adalah YB Dato’ Mohd Khusairi Abd Talib, Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Dato Shahrul Nizam Yunos, Pengerusi Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia, Cik Sara Leana Nattaya Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif MVTV Asia, ikon-ikon YES Malaysia, jemputan lain dan rakan-rakan media.