1. PENDAHULUAN:

Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) untuk membantu dan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem-filem cereka tempatan. Tarikh kuatkuasa pelaksanaan ITFC adalah pada 1 Julai 2011.

  1. SYARAT-SYARAT PEMBERIAN ITFC:
  • Filem cereka tempatan yang telah ditayangkan di pawagam dan berdaftar melalui Skim Wajib Tayang bermula 1 Januari 2015;
  • Mempunyai lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981;
  • Filem yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT);
  • Mengemukakan laporan hasil kutipan kasar yang telah disahkan oleh pihak Pempamer dan Penerbit.
  1. KAEDAH PELAKSANAAN ITFC: 
BIL. JUMLAH KUTIPAN KASAR TIKET MELALUI SKIM WAJIB TAYANG INSENTIF
1. Kutipan kasar RM2 juta dan ke bawah 10% daripada kutipan kasar tiket
2. Kutipan kasar melebihi RM2 juta 10% bagi kutipan RM2 juta pertama dan 5% bagi kutipan kasar seterusnya. Maksimum insentif yang layak sebanyak RM500,000.00