PUTRAJAYA, 8 Jun – Seramai 300 warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri KKMM, YB Tuan Gobind Singh Deo di Dewan Serbaguna, Kompleks KKMM sebentar tadi.

Majlis yang berlangsung dengan pengisian rohani seperti persembahan nasyid, ceramah dan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Muhammad Affandi Che Harun serta sesi penyampaian sumbangan kebajikan kepada warga KKMM ini berakhir dengan jamuan makan malam dan solat maghrib secara berjemaah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Ali Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, YBrs. En. Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, YBhg. Dato’ Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Pengurusan KKMM, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKMM serta pegawai dan penjawat KKMM.