KUALA LUMPUR, 24 Sept – KL Converge 2016 akhirnya melabuhkan tirai. Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Program selama tiga hari ini telah diadakan dengan jayanya bermula pada 22 hingga 24 September 2016, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. KL Converge 2016 bertemakan “Touch The Future” selaras ke arah merevolusikan teknologi mesra rakyat dan berharap Malaysia sebagai sebuah negara maju, kompetitif ke arah perintis kehidupan rakyat dan platform industri yang inovatif. Malaysia telah memberi satu dimensi baru dan peluang yang luas dalam pasaran industri perfileman tempatan merujuk kepada sektor kandungan kreatif negara.

“Cultural heritage” yang diusahakan FINAS menerusi projek Museum of Moving Images (MOMI), E-Heritage dan Mediatheque” telah mengatur pelbagai aktiviti. Antaranya Pameran Legasi FFM yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan sejarah Festival Filem Malaysia. Selain itu, program Cinema Classic iaitu tayangan filem dengan menggunakan “Projector film 35mm” yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum berkaitan Projektor Analog.