Damansara, 11 Februari – YB Dato’ Mohd Khusairi Abd Talib, Pengerusi FINAS hari ini merasmikan Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Kelab Sukan dan Sosial FINAS (KSSF) 2018 yang telah diadakan di Ampang Superbowl, e-Curve petang tadi. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Sosial FINAS (KSSF) yang diterajui oleh Presiden En. Abd Halim Anen turut sama disertai Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Presiden Celebrity Sports Club, Serina Prof. Datuk Chef Wan, ahli-ahli perbadanan, barisan artis dan ahli-ahli KSSF.

Kejohanan yang disertai hampir 70 orang peserta ini merupakan salah satu usaha FINAS dalam menyuntik semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli KSSF selain mengeratkan hubungan dua hala bersama penggiat seni tanah air.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBrs. Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab. Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Ahli-ahli Perbadanan FINAS dan penggiat seni seperti Dato’ Maznah Zolkifli, Ery Putra, Dazrin, Alif dan ramai lagi.