Petaling Jaya, 25 Jun – YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Petaling Jaya diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor dengan disambut Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob.

Selain pembentangan ringkas mengenai fungsi dan operasi FINAS dan perkongsian dua hala bersama YB Menteri mengenai aspirasi, halatuju, cabaran dan pemerkasaan industri, beliau turut meluangkan masa ke lawatan fasiliti pasca produksi, restorasi dan teknologi audio visual yang terletak di situ. Turut hadir bersama-sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi & Teknikal) Tuan Hj Mohd Zulkifli Ab.Wahab, pengurusan tertinggi FINAS dan pihak media.