Legasi Ahmad Nawab Khan Seniman Negara

Pengarang :
Penerbit : FINAS
Tahun Terbitan :2011
Sinopsis :

Legasi Ahmad Nawab Khan (Seniman Negara) merupakan coretan sebuah memori kehidupan seorang anak seni Malaysia yang telah melalui pelbagai pahit maung dan cabaran sebelum mencapai cita-cita dan impian. Buku ini memaparkan kisah suka duka Ahmad Nawab Khan yang menongkah arus tetap mengabdikan dan menghambakan diri dalam dunia seni walaupun terpaksa memijak onak dan duri. Berpegang teguh kepada prinsip bahawa ilmu adalah obor dalam pelayaran kehidupan dan setiap usaha yang dimulakan harus berakhir dengan kejayaan, Ahmad Nawab sentiasa kuatkan tekad dan kukuhkan azam, berusaha keras untuk menjadi anak seni handalan.