Hulu Kelang, 12 Mei – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Penulisan Skrip telah diadakan di Studio Ho Ah Loke, FINAS Hulu Kelang. Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Latihan Industri, Bahagian Pembangunan Industri FINAS ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 8 hingga 12 Mei 2017 yang disertai oleh 11 orang peserta di bawah kendalian tenaga pengajar yang juga seorang penulis skrip berpengalaman dan pemenang anugerah iaitu Encik Mazelan Manan. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Finas, Tuan Hj. Zulkifli Ab. Wahab yang telah menyatakan kepentingan program pembangunan modal insan seperti penulisan skrip ini di dalam memacu kepada pembangunan kandungan yang berkualiti tinggi.