Kuala Lumpur, 21 November – Malam Gala Filem ‘Pinjamkan Hatiku’ terbitan Aurawhite Global & Nuansa telah diadakan di pawagam GSC Pavillion hari ini. Majlis diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti nyanyian lagu tema Pinjamkan Hatiku oleh Ayda Jebat dan Adi Priyo, sesi fotografi bersama pengarah, Osman Ali dan barisan para pelakon, Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Normah Damanhuri dan Lia Natalia.

Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal, dan Hasnan. Laila seorang penulis novel yang berhijrah ke kampung tempatnya membesar berhasrat mahu menyambung penulisan novelnya di kampung. Disitu Laila berjumpa rakan lamanya dan tersepit dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal (Shaheizy Sam) atau Doktor Hasnan (Farid Kamil) yang merawatnya ketika sakit kerana kedua-duanya telah menambat hati Laila.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Perbadanan FINAS, Encik Zahrin Aris, karyawan industri dan rakan-rakan media. ‘ ‘Pinjamkan Hatiku’ bakal berputar di pawagam bermula 30 November 2017.