Sejarah tercipta buat sinema Malaysia apabila filem ‘One Two Jaga’ arahan Nam Ron terbitan Pixel Play Entertainment (Bront Palarae & Rozi Izma) dan Jazzy Pictures secara rasmi diumumkan penganjur sebagai filem pembukaan (opening film) bagi 20th Udine Far East Film Festival, Itali pada 20 April 2018 nanti. Dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail, filem yang
mengangkat sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat ini menerima pengiktirafan sebagai World Premiere di festival ini selain bertanding bersama-sama penyertaan negara lain dari seluruh dunia (In Competition).

http://www.fareastfilm.com/

#OneTwoJaga

12 jaga 2

12 jaga 3

12 jaga 4

12jaga 1