Sejarah tercipta buat sinema Malaysia apabila filem ‘One Two Jaga’ arahan Nam Ron terbitan Pixel Play Entertainment (Bront Palarae & Rozi Izma) dan Jazzy Pictures secara rasmi menjadi filem pembukaan (opening film) dan menjadi tumpuan penonton dan delegasi antarabangsa di festival filem berprestij, 20th Udine Far East Film Festival (FEFF), Itali yang berlangsung pada 20 April 2018 dengan dihadiri dan diwakili Nam Ron (pengarah), Bront Palarae & Rozi Izma (penerbit/Pixel Play), Joanne Goh (penerbit /Jazzy Pictures), Helmi Yusof (sinematografer) dan Asmara Abigail (pelakon).

Filem yang dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail yang mengangkat sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat ini menerima pengiktirafan sebagai World Premiere di festival ini selain bertanding bersama-sama penyertaan negara lain dari seluruh dunia (In Competition).

Bagi edisi ke 20 yang diadakan dari 20-28 April 2018, FEFF disertai 81 buah filem dari 11 buah negara dengan termasuklah 9 (world premieres), 12 (international premieres) dan 22 (European premieres).

http://www.fareastfilm.com/

Kredit: Joanne Goh, Nam Ron, Bront Palarae

12 jaga 2

12 jaga 3

12 jaga 4

12 jaga 5

12 jaga 6

12 jaga 7

12 jaga

12jaga 1