Di dalam aspirasi pembangunan komuniti kreatif dan sinergi ilmu bersama rakyat, FINAS melalui FINAS Sarawak dan Unit Mediatheque telah bersama-sama berganding menjayakan pameran bersempena Program Fiesta NBOS Sarikei yang diadakan di Dewan Suarah Sarikei, Sarawak dari 13-15 April 2018 yang dirasmikan YAB Datuk Patinggi Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sarawak.
Di antara pengisian interaktif yang diadakan termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu selain tayangan dokumentari terbitan FINAS.