Hulu Kelang, 21 Disember – Majlis Perhimpunan FINAS Siri 3/2017 telah diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee yang telah dihadiri para penjawat FINAS di seluruh negara. Di dalam amanat beliau, YBhg. Ketua Pengarah, Dato’ Fauzi Ayob telah menyatakan kepentingan pembangunan sahsiah merangkumi disiplin, amanah dan integriti sebagai penjawat awam di dalam berkhidmat kepada rakyat. “Kita adalah satu pasukan FINAS yang perlu terus bersatu sebagai jentera pembangunan industri dengan aspirasi dan halatuju kerajaan demi perkhidmatan kepada rakyat” ujar beliau ketika memberikan amanat.

Selain sesi lafaz ikrar para penjawat FINAS yang baru dilantik, majlis turus memberi ruang kepada sesi interaktif perkongsian pengalaman bekas Majistret Tuan Mohd Firdaus Ramlan yg ditahan atas kesalahan rasuah menerusi ceramah yg bertajuk ‘ Tumbuk Rusuk : Pengkisahan Dari Tirai Besi’
Majlis turut meraikan sambutan hari lahir para penjawat FINAS yang lahir pada bulan Ogos sehingga Disember. Tidak lupa juga ucapan takziah dan segmen belasungkawa juga telah diadakan bagi mengenang jasa Allahyarham Ahmad Iqbal Zainal, Allahyarham Hidzayat Mat Sirat dan Allahyarham Mohamad Ameerza Ismail sepanjang khidmat mereka di FINAS.

Hadir memeriahkan majlis termasuk YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBrs. Tuan Haji Zulkifli Abd Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS, pegawai pengurusan tertinggi FINAS serta para penjawat FINAS yang lain.