Kuala Lumpur, 6 Mei – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) hari ini melabuhkan tirai setelah lapan hari berlangsung dengan jayanya di PWTC sejak 28 April lalu. Pelbagai syarikat penerbitan tempatan dan antarabangsa serta agensi kerajaan termasuk FINAS telah menyertai PBAKL 2018 kali ini.

Selain daripada buku terbitan baharu FINAS iaitu Ceria Bersama S.Shamsuddin dan Wahid Satay, biografi Meredah Gelombang Seni Sebuah Memoir Aziz Sattar, Kembara Seorang Seniman Jins Shamsudin, Mustapha Ma’arof Seniman Merentas Zaman, Jejak Terbilang, 1957 Hati Malaya dan banyak lagi turut dipamer dan dijual kepada orang ramai dengan harga yang istimewa.

Para pengunjung juga turut berpeluang beramah mesra bersama artis jemputan Chacha Maembong di booth FINAS.