Kuala Lumpur, 17 Februari – Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berganding bahu menganjurkan program apresiasi filem tempatan dan ASEAN melalui sesi Bicara Filem bersama pengarah filem, U-Wei HjSaari dan tetamu undangan, penulis terkenal yang merupakan pemenang Anugerah Penulisan S.E.A, saudara S.M Zakir di Kuala Lumpur Film School (KLFS) petang tadi dengan tayangan dan apresiasi filem ‘Laut’ dari Filipina.

Program sinergi ilmu dan pembangunan intelektual ini telah meneroka aspirasi, falsafah, ideologi dan nilai di sebalik karya pengarah, Louie Ignacio mengenai persoalan sosial dan budaya yang berlaku melalui pertembungan norma dan nilai seorang gadis Bajau Laut akibat transisi dari semangat ‘laut’ ke ‘darat’ yang telah mewujudkan impak kepada halatujunya mencari makna kehidupan dan percintaan sebenar.

Turut hadir di program ini karyawan filem, ahli-ahli akademik dari institut pengajian tinggi awam dan swasta, para penggiat seni, dan tetamu jemputan yang lain.