Kota Kinabalu, 29 April – Program Pratonton Telefilem ‘Budak Pasar’ arahan YBhg. Dato’ Jurey Latiff Rosli dan Majlis Penyampaian Sijil telah berlangsung di MBO, IMAGO, Sabah.

Majlis yang dihadiri lebih 320 orang jemputan itu termasuk para belia dan peserta bengkel yang terlibat dalam pembikinan telefilem ‘Budak Pasar’ lanjutan daripada Program Bengkel Mentoring Sabah 2018 anjuran FINAS dengan kerjasama Creative Contant Industry Guild (CCIG) dan Sabah Animation Creative Content Centre (SAC3).

Majlis Penutup & Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Pengerusi FINAS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Deddy M. Borhan Penasihat Industri Kreatif FINAS Sabah & Sarawak, YBhg. Dato’ Jurey Latiff Rosli, Presiden CCIG, Dr. Dayang Aminah Ali, Pengarah SAC3, Tuan Haji Abd. Khalid Maulod, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, para penggiat seni, kru penerbit filem dan jemputan lain.