Sekitar Program Wayang Budiman di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam. Menampilkan filem arahan Nico Pelamonia sekitar tahun 1975 hasil usaha sama syarikat produksi Malaysia dan Indonesia berjudul “Semalam Di Malaysia”. Filem yang mengisahkan Victor Abdullah seorang penyanyi Malaysia yang berkenalan dan jatuh cinta dengan Sandra, penyanyi Indonesia yang sedang mengadakan pertunjukan di Malaysia. Victor mendapati Sandra mempunyai pertalian keluarga dengannya dan rahsia keluarga mereka yang selama ini tidak diketahui telah terdedah.

Hadir sama dalam program perkongsian sinergi ilmu ini adalah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Encik Saat Omar, Pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Encik Syahrul Fitri, Pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) dan pelajar-pelajar perfileman.