Sekitar program Wayang@Budiman yang diadakan di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam. Bersempena dengan bulan Ramadhan, Wayang@Budiman menerusi slot Miliu Muslim Sinema Malayalam, dengan filem dari Kerala, selatan India iaitu Ain. Filem arahan Sidhartha Siva ini mengisahkan Maanu ialah seorang remaja yang naif, malas dan cuba mengelakkan diri dari tanggungjawab. Maanu melarikan diri ke daerah lain setelah menjadi saksi kepada satu peristiwa pembunuhan yang dikaitkan dengan skandal politik. Namun, pertemuan dengan seorang gadis bernama Saira mula merubah haluan dan perspektif hidup Maanu.

Hadir sama dalam program perkongsian dan sinergi ilmu ini ialah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM, Encik Saat Omar Pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA), Encik Laqman Al-Jefri, Penulis Skrip dan pelajar-pelajar perfileman.