Sekitar program Wayang@Budiman anjuran Pusat Kajian & Apresiasi Filem dengan kerjasama Kelab Seni Filem Malaysia bertempat di HELP College Of Arts and Technology malam tadi. Menampilkan filem Indonesia tahun 2004 “Rindu Kami Padamu” arahan Garin Nugroho. Filem yang mengisahkan menjelang sekitar sambutan Aidilfitri sekumpulan penduduk di pinggir Jakarta cuba mengumpul dana bagi membeli kubah Masjid mereka di samping berhadapan dengan pelbagai insiden harian yang lucu dan menyayat hati.

Hadir sama dalam program sinergi dan integrasi ilmu ini ialah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM, dan pelajar-pelajar perfileman HELP College.