Kuala Lumpur, 21 April – Program ‘Retrospektif Binfilem “Monokrom”‘ anjuran Kelab Seni Filem Malaysia dengan kerjasama Wayang Budiman telah berlangsung dengan jayanya di Cinematheque, Content Malaysia Pitching Centre, Kuala Lumpur. Antara lapan filem pendek hitam-putih hasil karya pengarah muda Ridhwan Saidi yang telah dipertontonkan tadi adalah Cekik, Mautopia, Kaki Lima, Cinta Cokelat, Ah Long, Tutop Lobang, Roti Tisu dan Sesudah Suboh mengisarkan isu berkaitan kuasa, pemasaran pelbagai aras (MLM), cinta dan kisah seram. Kesemua filem pendek ini dihasilkan sejak tahun 2008-2016 mengambil masa selama 65minit untuk satu sesi tayangan.
#wayangbudiman #kelabsenifilemmalaysia