#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29

RANJAU SEPANJANG JALAN (1983)

Filem Ranjau Sepanjang Jalan (1983) arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulong yang diadaptasi dari novel sastera karya
Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dato Dr Shahnon Ahmad. Menampilkan lakonan hebat Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood sebagai Jahuma dan Dato’ Sarimah Ahmad sebagai Jeha, M.Jamil, Puteri Salbiah, Melissa Saila dan Datin Marlia Musa, ia berjaya memenangi lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke 4 iaitu Filem Terbaik, Lakonlayar Terbaik (Datuk Jamil Sulong), Jurukamera Terbaik (Johari Ibrahim), Penataan Seni Terbaik (Esa Ahmad & Noraldin) serta Anugerah Khas Juri buat Ooi Eow Jin (muzik tema yang berkesan).

Filem terbitan Kay Sarimah Sdn Bhd ini juga menembusi peringkat global apabila memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Asia Pasifik ke 28 (1983) untuk cerita luar bandar terbaik selain ditayangkan (Official Selection) di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3, 1992 (Korea Utara) dan Festival Filem Asia Pasifik ke-44, 1999.
Kredit Foto dan Arkib: Indra Che Muda