Sekalung tahniah buat filem ‘Redha’ karya Pengarah Harapan FFM29, Tunku Mona Riza yang terpilih mewakili Malaysia dan bersaing di dalam kategori ‘International Feature Film Competition’ bersama 15 buah karya terbaik mewakili 15 negara dari seluruh dunia di 6th Seoul Guro International Kids Film Festival, Korea Selatan (Gukiff). Diiktiraf melalui kejayaan merangkul 10 anugerah di pelbagai festival filem antarabangsa sepanjang tahun 2016 dan 2017 dengan yang terbaharu merangkul ‘Audience Choice Award’ di Luang Prabang Film Festival (LPFF), Laos tahun lalu, Gukiff 2018 ini adalah festival filem berprestij yang mengangkat karya-karya berkualiti menerusi subjek golongan muda termasuklah kanak-kanak melalui medium filem.

Bakal berlangsung dari 10-17 Mei 2018 ini dengan mempertaruhkan kategori utama seperti Gukiff Live Action Short; Gukiff Kids Documentary Feature; Gukiff Kids Documentary Short; Gukiff Kids Animated Feature and Gukiff Kids Animated Short, pemenang bakal membawa pulang US$30,000 berserta trofi. ‘Redha’ ataupun ‘Beautiful Pain’ terbitan Current Pictures Sdn Bhd dengan lakonan hebat Nam Ron (Pelakon Lelaki Terbaik FFM29), June Lojong (Pelakon Wanita Harapan FFM29) , Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Adik Harith Hadziq (Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM29), Izzy Reef, Ruminah Sidek, Susan Lankester dan ramai lagi ini berinspirasikan kisah sebenar mengenai perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan keluarga di dalam membesarkan anak istimewa yang menghidap autisme.

redha 3
redha 2
redha 1