Sekitar Majlis Pra-Pelancaran Filem Makrifat Cinta terbitan Dhananwoodd Films Sdn Bhd arahan Kamal G. Syarikat produksi ini menjadi syarikat tempatan pertama yang memperkenalkan poster bergerak (motion poster) sebagai daya tarikan terbaharu kepada penonton. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra, Puteri Balqis, Sabrina Ali serta Datuk Aznil Haji Nawawi. Filem bergenre drama/romantik ini bakal ditayangkan sekitar Ogos atau September 2017.