Sekitar Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Sosial FINAS (KSSF) Ke-35 anjuran Kelab Sukan dan Sosial FINAS telah diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang pagi tadi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Abdul Halim Anen, Pengerusi KSSF dan turut dihadiri oleh Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Pengarah-pengarah Bahagian FINAS, Ahli jawatankuasa dan urusetia KSSF serta warga FINAS.