PENGENALAN

Malaysia sebagaimana negara-negara maju telah meneroka dan menyusun strategi bagi meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara. Industri kreatif berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.

Dana Kandungan Digital (DKD) yang dahulu dikenali dengan Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) mula diperkenalkan pada April 2015 sebagai kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang telah dilancarkan pada tahun 2012 bertujuan bertujuan bagi merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF

Dana Kandungan Digital adalah bertujuan:

  • memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan berupaya dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa;
  • Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif;
  • Membangunkan kandungan kreatif yang berdaya saing sebagai sumber pendapatan negara dalam mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi;
  • Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya saing

JENIS-JENIS DANA

  1. DANA MIKRO
  2. DANA PRODUKSI
  3. DANA PEMASARAN

KATEGORI DANA:

DANA MIKRO

 

1. Filem Pendek

2. Video Log

3. Video Muzik

4. Lain-lain

DANA PRODUKSI

 

1. Filem Cereka

2. Program TV:-

i) Drama Bersiri

ii) Telemovie

iii) Dokumentari

iv) Majalah

3. Filem Pendek

4. Video Muzik

5. PSA / Kapsul

DANA PEMASARAN Promosi & Pemasaran

TEMPOH MENYIAPKAN PROJEK:

DANA MIKRO 2 Bulan
DANA PRODUKSI 12 Bulan
DANA PEMASARAN 2 Bulan

KAEDAH PEMBAYARAN DANA

*Disbursement (perkembangan & Output projek)

PERATUSAN PEMBAYARAN (MILESTONE)

*Penyaluran dana dibuat mengikut milestone (perkembangan projek)

*Pembayaran pertama akan dibuat setelah pihak syarikat memulakan kerja-kerja produksi dan menunjukkan peringkat perkembangan projek berdasarkan milestone.

KRITERIA KELAYAKAN AM PEMOHON:

Bil KRITERIA KELAYAKAN DANA

MIKRO

DANA

PRODUKSI

DANA PEMASARAN
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas tick tick
2. Ditubuhkan di Malaysia tick tick tick
3. Pemilikan Syarikat sekurang-kurangnya 51% dan ke atas tick tick tick
4. PUC > RM50k tick tick
5. Lesen FINAS (Pengeluaran atau Pengedaran) masih aktif tick tick
6. Tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan ATAU tidak muflis; tick tick tick
7. Tidak pernah menerima dana daripada mana-mana agensi Kerajaan tick tick
8. *Jaminan jualan dan/atau surat hasrat (jika ada) tick
9. Surat jemputan ke festival (yang berkenaan) tick

KRITERIA KELAYAKAN KHAS PEMOHON:

Bil
KRITERIA KELAYAKAN
DANA MIKRO DANA PRODUKSI DANA PEMASARAN
1. Pemohon (syarikat) dikenakan bon pelaksanaan 5% daripada jumlah nilai dana yang diluluskan. tick
2. Pemohon (syarikat) hanya boleh mengemukakan permohonan baru selepas 6 bulan selesai projek pertama. tick tick tick
3. Pemohon (Syarikat) hanya layak untuk dipertimbangkan satu jenis dana bagi satu projek dalam tempoh masa yang sama tick tick tick
4. FINAS boleh membatalkan perjanjian sekiranya tiada perkembangan projek selepas 3 bulan daripada tarikh perjanjian. tick tick tick
5. Pengeluaran pembayaran adalah bedasarkan milestone yang telah ditetapkan oleh pihak FINAS. tick tick tick
6. Projek penerbitan program TV, output akhir hendaklah ditayangankan di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). tick

Proses Permohonan

SOP DKD

Muat turun borang permohonan :