Tahniah di atas kejayaan diraih filem cereka Tamil tempatan, ‘Sughamaai Subbulakshmi’ (SSL) arahan pengarah muda berbakat besar, Karthik Shamalan yang berjaya merangkul anugerah Pengarah Terbaik manakala Punitha Shanmugam dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di 9th Tamil Norway Film Festival di Oslo, Norway. Terdahulu, filem ‘slasher thriller’ arahan Karthik, ‘The Farm: En Veettu Thottathil’ juga memenangi anugerah Filem Terbaik di Yellow Fever Independent Film Festival, Ireland pada tahun 2017.

filem 1