Shah Alam, 25 November – Sekitar program Tayangan dan Apresiasi Filem ‘Interchange’ di Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA), UiTM, Kampus Puncak Perdana dengan kerjasama Unit Latihan Industri, Bahagian Pembangunan Industri FINAS. Program pembangunan ilmu dan sinergi industri di antara FINAS dan UiTM ini meneroka teks, visual, falsafah, aspirasi dan pembikinan filem ‘mystical noir’ Interchange bersama Pengarah Terbaik FFM29, Dain Said dan penerbit, Nandita Solomon yang dikemudi moderator, Muzaffar Mustapha, Editor Berita Digital di Astro Awani. Turut hadir Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah FiTA, para pensyarah dan pelajar perfileman beserta Cik Habibah Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Latihan Industri FINAS.