Kuala Lumpur, 20 April – Primeworks Distribution telah mengadakan Tayangan Perdana bagi filem terbaru arahan Mamat Khalid, Lebuhraya ke Neraka bertempat di GSC Pavilion, Kuala Lumpur. Filem yang menggandingkan Awie dan Khir Rahman sebagai teraju utama terbitan Grand Brilliance ini memperlihatkan sentuhan Mamat Khalid yang meneroka perjalanan spiritual sekumpulan manusia yang merentasi alam barzakh. Filem yang turut dibintangi oleh Shah Jaszle, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin dan Fatin Syahirah serta penampilan khas Pekin Ibrahim ini merupakan karya yang cukup mengujakan daripada Mamat Khalid di dalam menyampaikan sebuah kisah menerusi spektrum kemanusiaan dan ketuhanan.

Lebuhraya ke Neraka akan menggamatkan pawagam seluruh negara bermula 4 Mei 2017.
#LebuhrayaKeNeraka