Petaling Jaya, 26 September- Telah berlangsung Malam Gala Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ di MBO The Starling Mall, Damansara Utama malam tadi dengan dihadiri pengarah bersekutu Nasir Jani, penulis, Ramlee Awang Murshid serta barisan pelakon, Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Farah Ahmad dan Michael Chen. Diadaptasi daripada novel thriller popular karya Ramlee Awang Murshid sendiri ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’, filem aksi drama arahan Sath Larney mengenai penunggu rimba di hutan Keningau, Sabah yang berjuang mencari keadilan selain mempertahankan hutan yang dicerobohi kapitalis ini adalah terbitan bersama Astro Shaw, Ideate Media, Karangkraf dan Layar Sunan akan memulakan tayangan serentak di pawagam seluruh negara bermula 12 Oktober 2017.

#TombiruoMovie
#NamanyaDigeruni