PENUMPANG pesawat syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kini boleh menikmati pelbagai rancangan menarik secara percuma selepas platform atas talian dan perkhidmatan penstriman utama di Malaysia, Tonton menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet, ROKKI. Kerjasama tersebut membolehkan penumpang AirAsia menikmati seleksi rancangan pilihan seperti drama, filem, gaya hidup, dokumentari, permainan dan kanak-kanak dari ketinggian 10,000 kaki di udara