Hulu Kelang, 14 Mei – YBhg Datin Rosniza Yaacob, Pengerusi Puspanita FINAS hari ini merasmikan Hari Terbuka Puspanita FINAS buat julung kalinya pada tahun ini. Dengan pendekatan bagi mewujudkan pembangunan komuniti dan sinergi industri, penganjuran program dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Sinaran Julieda & Z.A.F.C ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama dalam membina silaturahim di kalangan keluarga dan komuniti disamping berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti seperti riadah, keusahawanan, kesukanan serta program merakyatkan filem.
Menurut Datin Rosniza Yaacob, penglibatan kaum wanita dalam pelbagai bidang harus ditingkatkan dari semasa ke semasa demi membina kemajuan dalam organisasi kekeluargaan, masyarakat, bangsa dan agama. Dalam ucapan, beliau juga sempat menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum wanita yang menyambutnya pada hari ini.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah YBhg Datin Abidah Haji Sani, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM , YBhg Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS juga tidak ketinggalan penyanyi versatil Aris Ariwatan.

#puspanita