Di dalam penganjuran Festival Filem Malaysia ke 29 yang akan berlangsung dari 14-23 September 2017 ini, FINAS akan mengabadikan perjuangan dan ketokohan karyawan dan Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin melalui Program Imbas Kembali dan Layar Bintang. Perjuangan Allahyarham sebagai anak seni yang bermula daripada tahun 1956 di Malay Film Productions, Jalan Ampas, Singapura, pemikiran dan ideologi sebagai pembikin filem melalui karya-karya hebat seperti Tiada Esok Bagimu, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan selain sumbangan kepada pembangunan industri filem akan dikongsi melalui panel-panel yang terlibat. Pengiktirafan kepada perjuangan, ketokohan dan sumbangan Allahyarham Tan Sri akan diabadikan melalui simbolik plak Layar Bintang di program tersebut.Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 September 2017 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang
Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi Urusetia Program Imbas Kembali,
Cik Drusella di 03-41041489 atau Cik Aiza di talian 03-41041396.

1