FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya meraih kutipan sebanyak RM8 juta sejak ditayangkan pada 12 Oktober lalu.

Sekali gus, menjadikan filem adaptasi novel Ramlee Awang Murshid itu sebagai filem kedua paling laris pada tahun 2017. Tombiruo: Penunggu Rimba telah ditayangkan selama empat minggu di pawagam seluruh Malaysia dan negara jiran Brunei dan Singapura