25 Mac 2016 – Unit Arkib (Pendigitalan) FINAS COE telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang terletak di Unit 1-7, Tingkat Bawah, Menara UOA Bangsar, No.5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur. MyIPO bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek di Malaysia. Malaysia adalah salah satu pihak kepada Konvensyen Paris dan WHO. Satu pendaftaran IP di Malaysia boleh digunakan sebagai asas untuk tuntutan keutamaan bagi negara-negara ahli kepada konvensyen ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan panduan MyIPO mengenai cara untuk memaksimumkan penggunaan khazanah visual audio negara kita dari segi hak cipta dan pemilikan IP. Encik Mohamed Fairuz Mohd Pilus, Pengarah MyIPO, menjelaskan secara terperinci kepentingan mendaftarkan hak IP kandungan kreatif dengan MyIPO.

Sesi yang berlangsung selama lebih  2 jam adalah menarik dan sangat berfaedah. Kekurangan kesedaran dan sikap tidak peduli oleh industri kandungan kreatif ke atas pengurusan IP di Malaysia masih tinggi. Oleh itu MyIPO dan FINAS bersetuju mengadakan perbincangan lanjut untuk kerjasama bagi membantu industri kandungan kreatif berhubung keperluan mendaftar kandungan mereka dengan MyIPO kerana kandungan IP yang diurus dengan baik boleh membawa pulangan yang lumayan semasa kitaran hayat tempoh hak cipta.synergy