KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Kamil Othman yakin FINAS mampu menerajui pembangunan ekonomi industri dan mengukuhkan transformasi dengan strategi-strategi dan pelan pembangunan secara holistik yang telah disusun. Menurut beliau, FINAS perlu bergerak sebagai enjin kepada entiti-entiti di dalam industri dan sinergi semua pihak mampu merealisasikan perubahan yang sedang dilaksanakan. Menurut beliau, teras-teras perubahan merangkumi memperkasa agenda-agenda dasar dan pelan pembangunan filem secara holistik, membangunkan komuniti kreatif, meningkatkan sokongan kepada industri kreatif, memperkukuhkan pembangunan modal insan dan membangunkan sistem pengurusan dana dengan “framework” yang lebih efektif.

Beliau yang ditemui ketika sesi taklimat dan ramah mesra bersama media di Pitching Centre juga telah menjelaskan secara terperinci komponen-komponen transformasi melalui peranan yang lebih dinamik oleh FINAS merangkumi transformasi penyampaian dan perkhidmatan, pengantarabangsaan kandungan dan eksport, promosi dan pemasaran, merancakkan pelaburan, galakan penerbitan, pembangunan dana, sinergi ilmu dan lain-lain lagi yang harus dijayakan secara kolektif bagi memastikan ia dapat dicapai selaras dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menjadikan industri kreatif sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.maincmpc_m cmpc1-1__m cmpc2-1__m cmpc3-1__m cmpc4-1__m